sinar

Friday, May 20
DI MANAKAH LAILA?

  

BARANGKALI inilah pertanyaanmu apabila kita Bertemu. Tapi apakah ada jawabnya untuk ketika ini? Sewaktu-waktu badai diri meronta-ronta mohon dilepaskan. Sedangkan ketika mahu membebaskannya sudah menanti liang luka yang akan membuak darah. Kencang menggelombang. Menghempas hening diri. Barangkali juga kau tidak percaya semua itu berlaku kepada sesiapapun ketika tidak pernah digambarkan akan berakhir dengan kedukacitaan.             Kau akan tertanya-tanya tentunya, sejak akhir-akhir ini Bukan susah memahami peribadiku, katamu. Aksara-aksara yang kususun menjadi bahasa berirama menyelami dasar hati kecil ini dan juga yang membebani. Ternyata kau akan bertanya lagi dan lagi. Pada masa yang sama, betapa payahnya aku menyediakan jawapan yang spontan.

            Hanya senyuman dapat kuhadiahkan ketika itu. Mata kita bertembung, sesekali. Tapi tentu saja di situ bukan tempatnya. Berada di atas jalan raya yang sibuk. Apatah lagi, kau baru saja tiba dari seberang. Mungkin bicara kita terbatas. Dan aku tidak banyak menyampaikan apa-apa. Mendengar pertanyaan demi pertanyaan.

            Kau memang cool. Begitulah katamu. Benarkah? Maksudmu?

            Mengapa aku kata begitu kerana memang kau sentiasa tenang, sabar dan paling kugemari, kau mudah melarik senyum meskipun buat beberapa ketika kau kelihatan murung. Menjadi seorang pendiam. Kau berkata dengan dirimu. Matamu redup tapi wajahmu…

            Bagaimana kau tahu Sah? Bagaimana kau dapat menjangka ada bicara di dalam kemurunganku? Kau ketawa. Keadaan itu meminta aku menghentikan kenderaan di tepi. Katamu, kau mengenaliku lebih daripada sesiapa. Kau harus tahu itu, As. Aku tergumam. Benarkah begitu? Sedangkan Laila, hanya namanya berada di atas segala-gala. Hati budinya?

            Memang ada kebenarannya, Sah. Menghadapi apa juga perkara harus disertai ketenangan, kesabaran, kesediaan dan keceriaan. Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada anaknya, Fatimah - Wahai Fatimah, kau hadapilah segala pemberian dari Allah dengan bersyukur tetapi kau harus menghadapi apa pun sengsara dengan kesabaran. Betapa dalamnya rasa luka atau dukacita sekalipun tidak akan ada untungnya jika tidak disertai semua itu yakni syukur dan sabar. Memang itulah penawarnya.

            Jika kuceritakan barangkali kau berasa bosan dengan ulangan-ulangan yang sama. Meskipun kau telah mengenaliku sejak lima atau enam tahun yang lalu. Sepertiku, siapa yang tidak kenal seorang yang mudah ketawa dan juga memberikan air matanya ketika suka, apa lagi ketika duka? Kaulah orangnya, Sah. Aku faham, bahasamu. Bahasa yang diam dan paling dalam. Namun semua itu tidak mudah ditandai orang lain kecuali mereka yang seakrab kita. Bukan juga Laila. Kadang-kadang aku mendengar gosip liar yang dilemparkan. Adakah untuk kita? Aku tidak faham dengan apa yang mudah difikirkan orang lain tentang orang lain yang kelihatannya rapat, intim dan sepadan.

            Ketika bersetuju untuk bertemu minggu lepas, aku sungguh bahagia sebenarnya Sah. Hilang juga dukaku. Sedikit terlerai hiba dan runtunan rasa yang membadai beberapa ketika ini. Tentu kau tidak sabar, apakah agaknya yang berlaku pada diriku?  Memang dalam warkah-warkah yang kukirim aku tidak menyatakan keadaan yang sebenar. Aku khuatir kau akan turut gelisah.

           

             Bila bertemu nanti aku sendiri tidak tahu di mana harus dimulai. Begitulah, ketika ingin memulakan sebuah cerita sebagai kebiasaanku, bukan mudah memulakannya. Barangkali aku akan berkata begini: aku ingin bercerita tentang kedukaanku kerana kehilangan Laila. Jika begini, tentu kau kata aku terlalu melankolis. Tidak bijak mengawal perasaan. Katamu lagi: bukankah hal-hal seperti ini lumrah, selalu berulang Barangkali begini saja: aku mulakan dengan sebuah sajak pendekku: kembalikan kenangan itu kepadaku! (Ketika kerap citra ini dihilangkan sunyi, memandang arus melewati mimpi-mimpi, taburan bunga-bunga, sambil sejuta tanya hinggap pada pohon-pohon yang merendang, ketika berteduh dan bercitra…).

            

        Mungkin panjang pertanyaanmu kali ini, Sah. Tapi percayalah aku semakin memperoleh kematangan yang lain, kedewasaan yang baru tentunya. Selepas melaluinya. Kegetiran demi kegetiran. Tragedi demi tragedi. Trauma demi trauma. Sedangkan aku tidak pernah mengaku kalah meski apa pun akan berlaku. Aku tidak tahu  apa yang akan berlaku esok. Seperti seseorang pernah berkata bahawa kehidupan ini sesungguhnya ada dua – yang menang dan yang kalah; yang ketawa dan yang menangis; yang gembira dan yang terluka… itu semua fitrah insan yang punya rasa. Tapi apabila kita mengambil salah satu daripada yang dua ini, apakah kita tidak akan mengalami yang satu lagi? Hari ini ada yang ketawa, esok kita belum tentu mengulanginya. Kerana itu, aku menganggap kelukaan tidak akan menjurangkan persahabatan yang dibina. Malah mengakrabkan seperti dulu, ketika menjauh dan mendekat, tetapi tidak berlaku jurang yang memisahkan. Ini kesimpulan yang boleh kuberi. Dan, kau kulihat seolah-olah percaya dan bersetuju. Atau sebenarnya kau sedang membawa fikiranmu lebih jauh?

             Aku sebenarnya disemai keyakinan baru. Kehadiran pagi menjanjikan taman yang indah, diwangikan kembangan bunga dan hijau pohonan pengalaman. Sungguh bahagia sekali menghirup bayu lembah Tambalugu ini. Taman itu dibina daripada segala macam kenangan dan pengalaman lampau. Tawa dan tangis selepas meranjaui suatu penantian yang amat panjang. Penantian yang menggelisahkan. Banyak masa yang diluangkan untuk itu. Menanti sebuah ketidakpastian. Memang paling menduga. Mencabar kewarasan dan kewajaran.

            Aku pernah menceritakan tentang penantian dan pertemuan itu kepadamu, Sah. Tentulah kau tidak lupa kisah itu. Ramai sahabat kita tahu tapi mereka tidak mengerti apa-apa kecuali kau sendiri. Kau amat memahami sebenarnya. Seperti juga Laila walaupun dia datang dan pergi. Sesekali singgah dari perjalanan jauhnya. Singgah melepaskan lelah dan duka laranya. Laila selalu mendugaku. Namun kesabaran ada juga had dan batasnya. Kau terluka kerana itu, As. Katamu cuba merentas alur rahsia hati kecilku. Aku tidak berkata apa-apa.

            Kau mengingatkan aku tentang sebuah pintu yang pernah Laila singgah beberapa waktu dulu. Ada dunia yang lain di dalam pintu itu sebenarnya. Di dalamnya merupakan impian-impian Adam dan Hawa. Impian-impian semua manusia yang memiliki rasa. Namun aku gagal menjejakinya ketika tiba di hadapan pintu itu. Aku tidak boleh memasukinya kerana … Kau tidak ada kuncinya? Kau mengingatkan aku. Tidak begitu, Sah. Bagiku, keikhlasan dan kejujuranku itulah kuncinya. Ternyata kau hadir tanpa kedua-duanya? Aku membaca semula bab kehidupan Laila menerusi pintu-pintu yang dilaluinya. Namun Laila tidak pernah berputus asa. Laila akan kembara di suatu ilusi ang tidak pernah berhujung. Dan kali ini seekor putera …

            Benar. Laila berada dalam takluk Putera Belalang. Kau ingat Putera Belalang yang kuceritakan berdasarkan cerita penjaga pintu itu. Putera Belalang yang tahu hanya terbang dari padang ke padang. Entah keperkasaan apa yang ada dalam diri Putera Belalang itu selain ketangkasannya terbang dan melompat serta kelincahan yang tidak dipunyai makhluk lain. Menakluki padang-padang miliknya yang lain. Putera Belalang akan bertindak apa sahaja hatta merampas kebahagiaan dan impian orang lain di antara padang-padang itu.

            Kau pernah menjana mindaku apabila melihat perubahan pada mimik wajahku yang murung dan redup ini. Murung dan redup tapi gelisah. Benar aku trauma ketika itu dan marah yang amat sangat. Tapi apalah ada pada seorang Qais. Pada hal Putera Belalang hanya wujud di dalam gambaran  fikirku, itu katamu sambil ketawa lucu. Kau tidak mudah percaya kecuali masuk ke dalam pintu diriku. Tapi adakah begitu? Kau harus menyelami apa yang aku fikirkan bukan apa yang aku akan katakan semata-mata. Gelora kesedihanku hanya ternampak apabila aku tidak berkata-kata. Cuba pandang mataku dalam-dalam. Dekapkan jemarimu di atas dadaku. Degupan jantungku. Jalaran darah di setiap pembuluh darahku. Kau dapat rasai. Pasti, Sah.

            Kau diam. Mungkin mengerti atau masih mahu mencari kebenarannya. Tapi aku melihat Laila dari jauh. Sesekali menemui ketika bersendirian, hanya dari jauh. Siapakah aku, bagaikan Qais yang merindukan Laila di luar pagar istana! Qais, si fakir yang kembara merentasi padang pasir yang tandus … Kau mengejutkan aku. Biarkan dulu begini, Sah. Benarkan aku mendekati kenangan itu. Menuju pintu itu untuk mendekati Laila.

            Apakah maknanya semua itu, As. Apa maknanya keasyikan yang boleh mambawa kau sesat di selokan, katamu lagi. Semua itu hanya rasa. Kau harus mencari keberanian dan keperkasaanmu yang sebenar. Jika dulu kau dinaungi keberanian yang lain, nah, sekarang jejaki keberanian yang baru. Fahamkah kau makna keberanian itu? Kau menyentuh bahuku sambil akhirnya tunduk tersipu. Tapi selepas itu kau kembali merenung wajahku.

            Semua itu hanya rasa. Kau tahu mengapa rasa hanya ada di dada? Kau tahu tak, mengapa akal ada di kepala? Aku tergumam seketika mendengarkan ini. Kau tanya aku tahu? Memang benar di kepalalah akal itu bertakhta dan di dadalah rasa itu bernaung. Tapi apa kaitannya dengan diriku? Aku hanya ingin melihat jika tingkap mahligai itu dibuka Laila!

            Kau bermimpi. As. Aku bermimpi? Tak mungkin. Aku masih sedar dan melihat diriku saat ini. Tapi aku juga melihat pintu itu. Aku seolah-olah membukanya dan memandang wajah Laila, memandang keintiman yang pernah dilalui bersama. Ini kukatakan padamu, Sah. Kau pernah juga berkata, perhubungan intim bukan bererti tanda pasti aku berjaya melepasi pintu itu. Mungkin sahaja pintu itu penuh dengan kedukaan, dendam kesumat dan lara. Siapa tahu. Dia akan keluar juga dan mencarimu. Semua ini akan berulang. Dengar kata-kataku ini, As. Kau juga mesti percaya bahawa pintu itu akan tertutup semula membiarkan dia kepada suatu kenangan lain. Berbekal seberkas pengalaman peribadinya, dia akan datang kembali; paling tidak untuk memperagakan salam maaf! Maaf demi maaf yang tidak selesai.

            Entahlah, mengapa kau sebaik itu, As. Tidak seperti kebanyakan yang lain, yang mudah menyimpan dendam mereka. Sepatutnya bunuh saja kenangan itu, atau kembalikan kepada asalnya. Malangnya aku tidak sekejam itu, Sah. Sudah lama ia menjauh meninggalkan aku mencipta sebuah dunia diri dan pintu itu untuk kutitip kemudiannya. Sesekali aku mendengar citra dan tragedi kehidupan yang runtuh, bangun dan runtuh semula. Selepas itu mencariku untuk sebuah keruntuhan yang lain! Memang, inilah perulangan yang kau maksudkan, Sah. Tapi apakah aku akan mengulanginya lagi?

            Aku tidak akan berduka kerana itu. Aku tidak berhak untuk mendendami apa lagi sakit hati. Aku bukan siapa-siapa. Aku seperti insan lain, adalah kepunyaan mutlak Tuhan. Kita tidak berhak ke atas sesiapa. Jika kita terluka, bukankah itu hanya secebis kedukaan orang sebelum kehadiran kita? Duka mereka lebih parah. Aku bukan  Abu Bakar. Bukan Umar Al-Khattab. Bukan Bilal. Bukan Amir Hamzah. Bukan Jose Rizal. Bukan Chairil Anwar. Bukan Anwar Ibrahim. Aku adalah diriku sendiri. Tetapi apa yang berlaku sekarang hanya cebisan kecil dan tragedi sengsara mereka semua. Tokoh-tokoh zaman lampau yang pernah melewati pusingan kehidupan itu.

            Kau makhluk pilihan Tuhan, katamu lagi. Bersyukurlah untuk itu. Tuhan akan menguji kerana kasih-Nya Dia kepadamu. Aku terkesima mendengar hujahmu, Sah. Terima kasih. Benarlah bahawa segala ujian itu tidak satu tapi berbagai-bagai. Di tempat yang berbeza-beza. Pada masa yang berlainan. Iklim yang tidak sama. Juga, perasaan yang tidak mungkin serasa. Tuhan akan terus menguji sambil memberi pengajarannya untuk kita sedari betapa besar Kekuasaan-Nya.

            Jangan alah kepada perasaan. Perasaan, seperti katamu dalam warkah yang kuterima baru-baru ini melalui e-mel, akan membunuh seluruh kehidupan, juga kenangan. Kita cepat alpa. Melupakan keberadaan kita. Melupakan sumpah yang dilafazkan. Kadang-kadang umpama kek. Kadang-kadang umpama lalang. Kek dan lalang? Kau berhujah lagi, Sah. Aku tidak lupa ketika kau mengutus surat kepadaku ketika hujan masih belum tiba di lembah ini. Mengapa manusia membeza-bezakan kepada penerima kek-kek itu. Seperti berlaku pilih kasih. Ketika bahagia, kek itu dipotong kemas, diletakkan di atas pinggan yang terpilih. Dan tiada cacat celanya. Apabila mula membenci, bagaimanakah bentuk kek yang harus dibahagi? Demikian juga apabila manusia diumpama lalang. Perasaannya, sebenarnya. Cepat berubah ketika ditakluki sentuhan angin. Mengikut bagaimana derasnya deru angin itu. Lalang yang melukakan. Memang lalang selalu melukakan, apabila kita alpa dan lalai. Tapi, apakah maknanya semua itu?

            Aku bahagia, Sah walaupun hanya seketika ketika memasuki pintu itu. Rupanya ada taman lain yang kuhidupkan di dalam pintu itu. Pernahkah kau membaca sebuah puisiku berjudul Sebuah Taman?  Aku tidak akan pernah berputus asa. Meskipun Laila di atas singgahsana Putera Belalang itu. Penantian akan menjadi pakaianku untuk esok atau lusa atau sehingga tiba dekad yang seterusnya. Sebagaimana betahnya aku menanti sehingga Laila muncul ditingkap berjeriji itu selepas dua dekad berlalu.

           

Sukar untuk aku katakan apakah rasa yang sebenar dalam warkahku kali ini, Sah. Itu rahsiaku. Biarlah seperti orang lain, aku berhak untuk berahsia. Biarlah ia kuhuni dalam kamar diri. Dalam kesedihan yang teratas. Mengunjungi taman dan pintu itu, mengembalikan calar kenangan dan direnungi. Walaupun dia sudah berada jauh selepas mendekati antara satu. Tunggulah tiba pertemuan yang seterusnya.

            Dan, pada hari itu, aku tidak sedar cuaca diri bertukar tiba-tiba. Mendung beralih ke arahku. Guruh, guntur dan kilat bersahut-sahutan. Dan, hujan mulai turun dengan amat lebat, memandikan lembah Tambalugu ini di bawah megah istana.

Di manakah Laila?

 

Utusan Borneo, 3 Oktober 1999.


Posted at Friday, May 20, 2005 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed