sinar

Friday, May 30
Tamadun: Tanggapan Penyair

SEBAGAI penyair saya selalu memandang sesuatu itu  tidak mendasar seperti adanya. Sesuatu yang akan berlaku tentulah disebabkan sesuatu yang lain samada kita menyedarinya atau tidak. Saya percaya sesuatu itu ada puncanya yang mengakarkan apa juga peristiwa. Tanpa mengambil kira apakah peristiwa itu besar atau kecil. Peristiwa akan mendasar kepada pembinaan kemanusiaan dari pelbagai hala seperti pemikiran, cara hidup, harapan atau cita-cita, kebenaran dan pengalaman. Sesuatu peristiwa sentiasa menjanjikan kerana kehidupan sentiasa menyedarkan kita kepada hakikat tidak akan terbina sesuatu tanpa sebarang permulaan. Setiap permulaan akan menjadikan sesuatu itu lebih besar, lebih terarah kepada pembinaan keagungan. Jatuh dan bangun sebuah bangsa misalnya akan meninggalkan pengajaran meneruskan kelangsungan kehidupan. Sebuah bangsa juga tidak akan dihormati tanpa melalui peristiwa demi peristiwa yang berharga. Kematangan bangsa juga selalu didasari kemampuan kita melalui fasa-fasa pembinaan pemikiran yang besar.

Antara  sedar dengan tidak, kita sebenarnya menjalani pola sejarah yang sama sebagaimana yang dilalui oleh seluruh umat manusia sejak zaman awal lagi. Sejarah yang kita lalui tidak jauh berbeza dengan sejarah masyarakat yang wujud sebelum kita. Walaupun kita telah menyaksikan perbezaan yang amat ketara dari segi peradaban dan perkembangan sejarah manusia, namun itu hanya  berbentuk kebendaan semata-mata. Manusia tidak pernah berbeza sejak awal lagi dari segi penggunaan akal, buah fikiran, perasaan, nafsu, keperluan berkomunikasi, dan sebagainya. Ciri-ciri ini merupakan antara unsur yang tidak mungkin akan berubah selagi manusia masih kekal dengan unsur kemanusiaannya yang semula jadi. 

Manusia mempunyai persamaan sejak zaman purba sehingga hari ini, terutama sekali dari aspek pencorakan sejarah hidup manusia. Pola yang dimaksudkan ialah pergelutan manusia dengan dirinya sendiri dalam mencari hakikat kehidupan. Manusia sentiasa dihantui oleh persoalan seperti dari mana dia datang, bagaimana dia wujud, apa matlamat hidupnya di dunia ini, ke mana dia akan pergi, dan lain-lain lagi.

Demikianlah apa yang ingin kita rasai sebagai pengamat kehidupan. Melihat cermin peribadi tak mungkin dapat menggambarkan apa-apa dengan mengabaikan perihal yang lain menerusi ketajaman sentuhan panca indera. Dalam keberadaan kita, kita merasakan ada produk yang amat berharga untuk menterjemahkan keunikan kemanusiaan ini. Di manapun kita berada, kita akan mengamati  situasi, perbezaan dan persamaan bahkan hal-hal baru yang memerlukan penelaahan. Kita menterjemah dengan memindahkan setiap rasa kepada suatu kaedah yang berbeza tetapi sentiasa melahirkan pengalaman baru kepada orang lain. Persoalan kehidupan sedikit sebanyak akan mencerminkan peribadi, sikap, pemikiran dan visi tentang sesuatu yang diperkatakan. Sebagai penyair pula, kita tidak dapat membebaskan diri daripada perkara yang berlaku di sekitarnya kerana dunia penyair adalah manusia di sekitarnya. Interaksi dengan diri sendiri, alam, masyarakat dan manusia di sekeliling akan mencorakwarnakan sikap penyair dan tanggapannya terhadap persekitaran dan persoalan yang diangkatnya dalam sesebuah produk karya. Tidak terdapat batasan baginya mengungkapkan persoalan. Persoalan adalah sesuatu yang pelbagai tanpa batasan, terpulanglah kepada kekreatifan, imaginasi, bakat dan ketajaman pemerhatian serta kepekaannya untuk mengolah persoalan sama ada besar ataupun kecil termasuk apa yang ingin kita amati tentang kota dan tamadun bangsa.

 

Konsep Pembinaan Tamadun

 

Tamadun yang sama ertinya dengan perkataan Inggeris civilization  lahir daripada perkataan Latin civitas yang bermaksud ‘city’ atau bandar. Bandar jelas dianggap tempat dan petanda kelahiran sesebuah tamadun atau peradaban  manusia. Ia sama dengan konsepsi Ibn Khaldun yang mengaitkan pertumbuhan tamadun manusia dengan kehidupan di bandar.

Namun begitu, kehidupan bandar semata-mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sesebuah tamadun. Kehidupan mestilah dilengkapi oleh beberapa ciri lain, seperti wujudnya sistem pemerintahan atau tatanegara, munculnya sistem tulisan dan perundangan, wujudnya kegiatan ekonomi yang relatifnya maju dengan pengkhususan pekerjaan, serta tidak kurang penting, adanya mekanisme penguasaan sosial menerusi agama atau sistem kepercayaan. Dengan itu, kehidupan bertamadun mempunyai enam ciri asas seperti yang berikut:

 

v  Menjalani kehidupan di bandar

v  Mempunyai sistem pemerintahan atau kerajaan

v  Mempunyai tulisan

v  Mempunyai sistem perundangan

v  Mempunyai sistem kepercayaan dan agama

v  Wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan

 

Dari perspektif Timur-Islam, perkataan tamadun lahir daripada perkataan akarnya mudun dan mada’in yang kemudiannya membawa kepada madinah, yang secara hurafiahnya bermaksud bandar. Mungkin juga istilah Barat modern dipinjam daripada perkataan Arah mudun.  Daripada akar perkataan mudun lahirlah nama bandar Madinah yang nama asalnya Yatrib. Konsep tamadun mempunyai kaitan yang rapat dengan konsep masyarakat madani yang mulai dipopularkan penggunaannya sejak kebelakangan ini. Madani, mudun dan mada’in  yang melahirkan perkataan madinah berasal daripada akar yang sama dalam konsepsinya yang paling mudah.

Penulis paling awal menggunakan istilah madani ialah Ibn Khaldun, ahli sosiologi dan sejarawan arab abad ke-14. Bagi beliau, istilah madani lahir daripada perkataan al-madaniyah yang membawa erti ‘peradaban kemakmuran hidup’. Kerana itu, tamadun bolehlah ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan pencapaian yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat  atau negara bangsa.

Sarjana sosiologi dari Iran, Ali Sariati (1933-1977) mengemukakan teori mengenai perkembangan tamadun manusia. Menurutnya ada dua perkara berkaitan dengan peranan manusia dalam membina tamadun iaitu fenomena migrasi atau hijrah sebagai faktor utama yang membawa kepada tumbuh dan berkembangnya tamadun manusia. Kedua ialah peranan manusia dalam menempa kemajuan. Dari segi sejarah dan apa yang tersurat, hijrah ialah peristiwa perpindahan ummah Islam dari Makkah ke negeri Habsyah dan ke Kota Madinah untuk menyelamatkan diri daripada seksaan kaum musyrikin Makkah yang memusuhi Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam.

Dilihat secara lebih mendalam dan dalam erti yang tersirat, hijrah mempunyai prinsip dan falsafah sosial yang tertentu kerana hijrah telah melahirkan suatu tamadun baru yang besar. Daripada kajian Ali Shariati terhadap 27 tamadun manusia sejak zaman silam, beliau menyimpulkan bahawa tamadun lahir kerana penghijrahan manusia dari tempat asal mereka ke tempat baru. Sebaliknya, tidak terdapat sebarang tamadun yang lahir dan berkembang di kalangan masyarakat primitif yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain. Di negara kita, tamadun Melaka yang lahir dan tiba kemuncaknya pada abad ke-15 juga adalah hasil perpindahan sekelompok kecil manusia dari Sumatera ke Termasik dan akhirnya membuka Melaka sebagai sebuah negeri dan pelabuhan perdagangan. Begitu juga dengan kerajaan Melayu Champa di Vietnam, yang wujud antara awal kurun Masihi sehingga abad ke-18, ialah hasil penghijrahan rumpun Melayu dari kawasan Dunia Melayu Inti ke utara. Sejarah bertapak dan berkembangnya Islam di Afrika Selatan adalah akibat penghijrahan rumpun Melayu dari Alam Melayu ke sana mulai suku abad ke-17 sebagai hamba dan buangan politik penjajah Belanda. Pada hari ini pembinaan tamadun baru Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur ialah hasil penghijrahan beberapa kumpulan etnik dari pelbagai wilayah dan daerah ke pusat tamadun baru tersebut. Malah bagi orang Melayu, semua mereka yang meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu dan bekerja di kawasan lain telah pun melakukan penghijrahan. Secara langsung mereka memberi sumbangan penting untuk membina tamadun baru Malaysia pada abad ke-20. Malah kadar migrasi orang Melayu yang begitu tinggi ke Kuala Lumpur sejak 25 tahun yang lalu telah memacu pembangunan negara yang begitu pesat dibandingkan dengan apa yang berlaku di masa-masa sebelumnya.

            Prinsip kedua berhubung pembinaan tamadun dan kemajuan manusia hasil pemikiran Ali Shariati ialah pentingnya peranan manusia itu sendiri atau al-nas. Ini berdasarkan kepada ayat dari kitab suci al-Quran yang bermaksud: Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (kaum=manusia) jika mereka sendiri tidak mahu mengubah. Di dalam al-Quran, Allah sentiasa menyeru, “Wahai orang-orang yang beriman…” atau ”Wahai manusia…”. Ini bermakna  bahawa MANUSIA itu sendirilah yang bertanggungjawab dan berperanan menentukan nasib hidup dan masa depan mereka; dan mereka diberi akal fikiran serta kudrat untuk berusaha mengubah serta mencorak masa depan mereka seperti yang direncanakan. MANUSIA meningkat kepada status yang lebih tinggi melalui ilmu pengetahuan serta menunjukkan dengan jelas kelebihan mereka berbanding dengan mahluk-mahluk yang lain. Mereka memiliki kebesaran dan kehormatan melalui pembelajaran, pertanyaan dan kajian, sebaliknya mereka akan kehilangan status tersebut jika mereka meninggalkannya dan mengikut jalan orang yang jahil. (Surah al-‘Alaq : 1-5).     Dengan pendidikan, akan membawa manusia kepada kepatuhan dan kekuasaan, manakala kejahilan diakui akan membawa kepada kejahatan dan maruah  yang rendah.

            Keutamaan bagi manusia menurut al-Quran  adalah pendidikan. Melalui pendidikan manusia dapat meningkatkan harga diri mereka serta mendapat bukti tentang kewujudan Allah S.W.T. Malahan mereka akan menemui kebenaran dan kenyataan seluruh alam semesta, tingkat  pemikiran dan moral alam, juga nilai-nilai kuasa dan rahsia alam. Manusia juga dapat mengetahui cara bagaimana untuk mempergunakan kekayaan alam untuk kepentingan mereka. Segala rahsia alam yang tiada akhirnya  dan kegunaannya akan dapat diketahui oleh manusia melalui pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan.

 

Kota, Tamadun dan Bangsa Sebuah Penilaian Penyair

 

Bagi penyair di mana-manapun di dunia ini, melihat kota sebagai sebuah lautan  yang sentiasa bergelombang; kadang-kadang memandang kota sebagai sebuah hutan belantara yang subur akibat pembajaan yang sempurna; ada waktunya penyair memetik bunga rahsia kota sebagai gelanggangnya bermain kata bersama segala hal yang menjanjikan makna tersendiri sebenarnya. Kota sebagai pusat kebanyakan aktiviti meriwayatkan kelangsungan kehidupan. Degupannya sering juga menyegarkan semula yang mula tenggelam malah sebaliknya tetapi kota tidak selamanya memberi kebahagiaan yang hakiki. Tetapi pada masa yang melahirkan benih dari pengamatan, penafsiran dan juga penghayatan yang menyediakan pengalaman baru kepada penyair itu dan orang lain. Dalam wacana ringkas ini, saya ingin mengetengahkan beberapa pencernaan fikrah beberapa orang penyair Malaysia mengenai pengamatan mereka mengenai kota dan pembinaan tamadun.

Seperti membina sebuah bangunan, hanya arkitek saja yang lebih memahami struktur binaan. Demikian halnya bagi penghuni kota yang bertindak sebagai arkiteknya. Dari sajak ‘Arkitek Kota’, Muhammad Haji Salleh merakamkan:

 

‘hanya seniman peka

yang faham akan jiwa laut,

kenal gelombangnya,

alur sungai serta diam batu,

perasaan musim,

fiil langit dan sabar bumi

berhak membina kota’

 

            Beginikah seharusnya pemilik kota yang mengimpikan keberadaannya begitu mengerti agar nikmat kota itu ditemui dalam kemungkinan-kemungkinan yang digambarkan. Penghuni kota harus menghargai keindahan alam kerana merekalah pewaris bagi membina keindahan iaitu sebuah tamadun. Kata Muhammad,

 

                        pencipta kota ialah

                        pendekar muda dengan langkah berbagai

                        kelakar tua yang mengampungkan cerita

                        orang bercinta yang perlukan bulan.

                        dia pengukir ruang hidup

                        penghias suasana sempurna

                        membenarkan penemuan

                        memungkinkan kemungkinannya.

           

Keutuhan bangsa berakarkan kepada kemantapan akal dan hati budi insan. Bagi bangsa yang besar, keberanian demi menegakkan kebenaran harus harus ditunjukkan. Kota menjadi benteng tetapi kota itu merupakan peribadi sedangkan dirinya adalah sebuah bangsa yang harus terus menerus membangunkan akalnya dalam cara yang membina. Kehidupan itu harus dinikmati dengan caranya bukan dendam dan tipu muslihat. Jasni Matlani dalam ‘Sesekali Waktu Bertemu Jebat di Kota Diriku’, meletakkan keberadaban itu dengan penuh kesedaran. Katanya,

 

                        ‘Ajarlah aku membuktikan kebenaran.

                        Ajarlah aku menikam Karmawijaya dengan
                        semangat keris pantun,

                        syair dan gurindam. Ajarlah aku menghidupkan  di kalbuku rasa

                        keberuntungan diri dan dilahirkan pahlawan.’

 

            Namun begitu, tidak pula disimpulkan kota sentiasa diimejkan sebagai suatu lubuk kebahagiaan semata-mata lantaran situasi yang hidup tanpa batas waktu. Kota digambarkan sebagai gua puaka yang menempiaskan warna malapetaka. Zam Ismail, dalam ‘Jalan-jalan Raya Kotaku’, mencitrakan gambaran keserakahan warga kota yang telah melenyapkan keluhuran budi mereka.

 

                        ‘Demikian etika di perjalanan

                        budi luhur warga kotaku

                        tidak lagi berlaku

                        yang hadir adalah keserakahan

                        memacu menghimpun kekuatan

                        menghakis sopan santun’

 

            Kehidupan manusia setiap hari semakin berkembang maju. Mereka terlalu sibuk dengan mencari haluan hidup sama ada berasaskan kepada prinsip individu, keluarga atau masyarakat ataupun tidak. Kebanyakannya tidak mempunyai prinsip hidup walaupun memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi kerana telah dibuai dengan kesenangan, kemewahan dan kepuasan hidup. Sebahagian yang lain pula masih mencari-cari satu pegangan hidup yang lebih berasas supaya segala  masalah dapat diatasi dengan sempurna.

            Perubahan demi perubahan berlaku dalam masyarakat yang dengan tidak disedari berlaku pelbagai gejala keruntuhan akhlak dan kesalahan serta jenayah. Perubahan ini menjadi satu persoalan apakah masyarakat merestui pada masa akan datang terbinanya satu tamadun baru atau tamadun materialisme yang mengetepikan  amalan kemanusiaan  dan nilai kerohanian atau ingin melihat wujudnya satu tamadun hedonisme Malaysia untuk dipraktikkan  oleh setiap anggota masyarakat menerusi budaya barat. Namun begitu, penyair sebagai mewakili masyarakatnya menjelaskan penegasan bahawa masyarakat harus selalu diingatkan agar gejala yang berlaku itu tidak mencacatkan pembinaan sebuah tamadun yang dihormati. Abdul Rahim Tapah, dalam ‘Atas Nama Kita Sendiri’, mengingatkan bahawa ‘setiap catatan tak semestinya diisi dengan mimpi’. Rahim membarakan lagi gelombang semangatnya agar kita ‘mematahkan seruling fantasi’ yang telah meletakkan kita pada tempat yang bertambah mundur kerana terlalu dihiasi aktiviti kehidupan yang tidak membina. Katanya,

 

                        ‘Lepaskan kecapi dan patahkan seruling fantasi. Kita cipta

                        lagu keriangan untuk zaman ini – lagu baru ciptaan kita sendiri.

                        Rentaknya bakal merobohkan kota-kota purba dari mimpi dan

                        kita abadikan ia dalam catatan sejarah atas nama kita sendiri.’

 

            Para penyair tidak dapat tidak menyatakan pendirian sekaligus juga melontarkan pertanyaan demi pertanyaan mereka tentang peristiwa serta pengalaman masa lalu. Bagaimana tamadun bangsa dapat dipertahankan oleh masyarakat industri yang dibiasakan oleh kemewahan. Jasni Matlani dalam sebuah sajaknya ‘Ketika Mendepani Sebuah Kota’,12 menggambarkan satu suasana di mana:

 

‘Puing-puing bencana bergasakan

dan para sahabatku yang berlari mengharung

sejarah dan citrawara perit. Inikah zamannya rohku tertusuk

belati tajam waktu dan jasadku mabuk bergelitan

di celah-celah dinding kaca hawa nafsu

sementara kebimbangan membelit dan menjerut akaliah.

Kaukah yang terkurung di sebuah kamar hitam

sambil menyedut debu keluar dari corong hayat

iklim terus buram, kehilangan sari warna

sukma menerjang. di sana kau akan menyaksikan

pementasan hari depan menggores minda

pancaroba bertelagah dan bersengketa dengan

ijtihad Mahmudah. Ijtihad Sabililah.’

 

 

Penutup

 

Amat jelas disedari bahawa kota atau bandar yang ditakrif sebagai pusat segala kemajuan bermula itu menjadikan kemanusiaan lebih bertanggungjawab terhadap pembinaan sebuah tamadun bangsa. Namun demikian seperti dijelaskan tadi bahawa kehidupan kota semata-mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sesebuah tamadun tetapi dibantu oleh perletakan aspek-aspek yang menekankan ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang dan adat resam di tempat yang tinggi. Penghijrahan atau perpindahan daripada sebuah kota kepada bandar raya menjadi isyarat betapa warganya melangkah setapak lagi dalam peradaban dan kemakmuran hidup sebagaimana kata ‘bandar raya’ itu sinonim dengan istilah ‘masyarakat madani’. Kerana itu juga taraf bandar raya bukan sekadar perubahan dan peningkatan kualiti dari sudut fizikal, tetapi kedudukan teratas bandar raya menuntut kesediaan warganya berusaha serta berazam meningkatkan kecemerlangan dari sudut ketahanan dalaman dengan kekuatan spiritual dan kemantapan dari aspek mental yang mana kedua-dua faktor ini menjadi teras kepada kejayaan sesebuah peradaban atau tamadun. Tamadun yang terkenal dalam sejarah manusia adalah hasil budaya yang sesuai dengan pembentukan dan pencapaian tamadun berkenaan.

           

 


  

RUJUKAN

 

 

 

Abdul Rahim Tapah, 1996. Tergantung Pada Kata. Kuala Lumpur: DBP.

 

Arifin Arif, 2001. Kota Madani. Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

 

Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim dan Ideris Endot, 2000. Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

 

Jasni Matlani, 1996. Tergantung Pada Kata. Kuala Lumpur: DBP.

 

Muhammad Haji Salleh, 1982. Dari Seberang Diri. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Wan Hashim Wan Teh, 1997. Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Zam Ismail dan lain-lain, 2000. Rimbun Bicara (Majlis Pentupan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur – World Poetry Reading 2000). Kuala Lumpur: DBP.


Posted at Friday, May 30, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed