sinar

Saturday, April 19
SEDUTAN UCAPAN DASAR HA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN IPS KE-17
Tempat:   Dewan Serba Guna, SEDCO, 
               Plaza Wawasan, Kota Kinabalu, Sabah
.
Tarikh:     19 April 2008

SAYA INGIN MENGUCAPKAN RASA SYUKUR  KERANA DENGAN IZIN-NYA JUA KITA DAPAT BERTEMU LAGI PADA PAGI INI. TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI YANG HADIR. BAGI PIHAK BARISAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI IPS SAYA MEMOHON MAAF KERANA MESYUARAT KITA TERANJAK SEHINGGA BULAN APRIL ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. SEPATUTNYA MESYUARAT INI DIADAKAN PADA ATAU SEBELUM 31 MAC SETIAP TAHUN SEPERTI MANA YANG TERMAKTUB DALAM UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN (FASAL 6.3).

PADA KESEMPATAN YANG KEEMASAN INI SAYA TURUT MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU SAMBIL MENGHARAPKAN PENGLIBATAN YANG SERIUS ANDA DALAM PERSATUAN INI UNTUK MELESTARIKAN OBJEKTIF DAN JUGA MISINYA.  SAYA JUGA  MEMOHON MAAF SEKIRANYA ADA AHLI-AHLI YANG TIDAK DIHANTAR SURAT NOTIS MESYUARAT  DISEBABKAN MAKLUMAT YANG TIDAK KEMASKINI SEPERTI ALAMAT PERHUBUNGAN TERBARU MEREKA DAN SEBAGAINYA. NAMUN SAYA PERCAYA KOMITMEN YANG TELAH ANDA BERI DAN ANDA TUNJUKKAN SUDAH CUKUP MENJELASKAN MINAT DAN JUGA ILTIZAM ANDA TERHADAP PERSATUAN KITA INI.

SAUDARA-SAUDARI YANG DIHORMATI,

SEDAR TAK SEDAR TAHUN INI ADALAH TAHUN KE-17 PENUBUHAN IPS. KITA SEDAR DALAM USIA BEGINI IPS SENTIASA MENGHADAPI CABARAN YANG LEBIH BERBANDING YANG LALU. DALAM USIA INI JUGA DENGAN CABARAN-CABARAN YANG ADA IPS HARUS BEKERJA BAGI MENCAPAI SEGALA OBJEKTIF DAN MISINYA. MESKIPUN DALAM KEADAAN YANG KITA ADA, KITA HARUS BERSYUKUR KERANA KITA MASIH MAMPU MELESTARIKAN PELBAGAI AKTIVITI SASTERA DAN BAHASA DI NEGERI INI. WALAUPUN KITA SEMUA AKUI KEADAAN IPS YANG AGAK KRONIK DARI SEGI KEMMAMPUAN KEWANGAN. NAMUN IPS TETAP RELEVAN SEBAGAI PEMBANGKIN SERTA ALTERNATIF KEPADA PENGGIAT SASTERA DAN BAHASA TERUTAMA SEKALI DARIPADA GENERASI MUDA.  IPS MASIH JUGA MENJADI BUALAN KHALAYAK SASTERA DI MANA SAJA APATAH LAGI SELEPAS SAYA SERING MELAKUKAN TEGURAN TERHADAP PELBAGAI PIHAK BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN DAN PROGRAM-PROGRAM SASTERA DI NEGERI INI.

DALAM SOAL INI, APA YANG PENTING KITA SEMUA HARUS MEMIKUL TUGAS DAN AMANAH DENGAN PENUH KESUNGGUHAN. APAPUN PERANAN YANG KITA MAHU BERIKAN KEPADA SEBUAH ORGANISASI SEPERTI IPS INI HARUS DILAKUKAN DENGAN PENUH KESEDARAN. JIKA KITA MAHU BERJAYA KITA PERLULAH SERIUS DAN YAKIN KEPADA DIRI. APATAH LAGI APABILA KITA DUDUK BERSAMA-SAMA DAN MELAKUKAN TUGAS YANG DIBERI ITU BERSAMA-SAMA. KITA MENJANA BUAH FIKIR KITA BERSAMA-SAMA. PENDEK KATA KITA BEKERJA DALAM SEBUAH PASUKAN, SAYA YAKIN IPS TIDAK AKAN MUDAH LAYU. GUGUR SPERTI DAUN-DAUN YANG KERING YANG KEMUDIANNYA MENGHILANG.

SAYA SELALU BERIKIR KITA BUATLAH APA YANG KITA TERMAMPU. MUNGKIN INI TIDAK BEGITU DIGEMARI. NAMUN HAKIKATNYA KITA HARUS SEDAR KEMAMPUAN YANG KITA MILIKI. SEBENARNYA IPS JUGA PUNYA IMPIANNYA SENDIRI. SEJAK DULU LAGI IPS INGIN SEKALI MEMBERI MAKNA YANG TERBAIK UNTUK AHLI-AHLINYA, UNTUK SASTERA DAN BAHASA, UNTUK MENGISI AKTIVITI-AKTIVITI DENGAN HARAPAN YANG TINGGI SAMBIL INGIN MENGEKALKAN KREDIBILITI SERTA ILTIZAM. SEBAB ITU KITA LAKUKAN APA SAJA YANG RELEVAN DENGAN DUNIA SASTERA DAN BAHASA. KITA TIDAK BOLEH KESASAR DENGAN OBJEKTIF KITA.

PADA TAHAP YANG SEDIA ADA, IPS MASIH BOLEH DIANGGAP SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN PENULIS YANG AKTIF DI NEGARA INI. SAYA TIDAK SUKA MEMBUAT PERBANDINGAN DENGAN PERSATUAN PENULIS YANG LAIN. APA YANG PENTING KITA BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN SAYA TIDAK AKAN BERKATA APA-APA TENTANG MASA DEPAN IPS KERANA KEDUDUKANNYA TERTAKLUK KEPADA APA YANG BOLEH KITA BUAT PADA HARI INI. PERCAYALAH DAN KITA TIDAK PERLU RISAU APA JADI PADA IPS SEPULUH ATAU DUA PULUH TAHUN AKAN DATANG. IPS PUNYA AHLI-AHLI YANG KECIL TETAPI JUMLAH YANG KECIL BELUM PASTI MENGGAMBARKAN IA SEBUAH PERTUBUHAN YANG LEMAH YANG BOLEH DINAFIKAN PANDANGAN SERTA TEGURAN YANG DILAKUKAN.

SAUDARA-SAUDARI YANG SAYA MULIAKAN,

SAYA TIDAK AKAN BERCAKAP BERKAITAN DENGAN AKTIVITI KITA SEPANJANG DUA TAHUN LALU SECARA PANJANG LEBAR. SAUDARA-SAUDARI BOLEH MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI BERDASARKAN LAPORAN AKTIVITI DAN JUGA LAPORAN KEWANGAN IPS. MESKIPUN DEMIKIAN INI TIDAK BERMAKNA KITA TIDAK MAHU MELAKUKAN SEBARANG PROGRAM BERSESUAIAN WALAUPUN KEDUDUKAN KEWANGAN KITA AMAT KRITIKAL. GERAKAN SASTERA DI SABAH JAUH BERBEZA DENGAN TAHUN-TAHUN 70-AN DAN 80-AN TERUTAMA DARI SEGI PENGLIBATAN AGENSI-AGENSI BERKAITAN YANG SUDAH KURANG KOMITED TERHADAP KEGIATAN-KEGIATAN YANG DILAKUKAN OLEH PERSATUAN-PERSATUAN PENULIS. JIKA DAHULU AGENSI-AGENSI SEPERTI YAYASAN SABAH, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, PENERBANGAN MALASIA DAN DBP CAWANGAN SABAH MERUPAKAN TONGGAK PENTING YANG BANYAK MEMBANTU PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KESENIAN DI SABAH. KINI TUMPUAN LEBIH KEPADA DBP CAWANGAN SABAH NAMUN AGENSI INI JUGA SEKALI LAGI TIDAK SAMA BERBANDING SEDEKAD YANG LALU. KITA FAHAM SETIAP AGENSI MEMPUNYAI DASAR, OBJEKTIF DAN VISI MASING-MASING. APATAH LAGI SOAL DANA ATAU WANG BUKANLAH PERKARA YANG MUDAH UNTUK DISALURKAN ATAS ALASAN-ALASAN TERTENTU.

SAUDARA-SAUDARI YANG SAYA KASIHI,

BARANGKALI PERANAN SAYA TIDAKLAH SEBESAR MANA BERBANDING ORANG LAIN YANG LEBIH MEMILIH BERDIAM DIRI ATAU MENJADI SEORANG YANG BERANI TETAPI HANYA BERADA DI SEBALIK SURAT-SURAT LAYANG. TAHUN LEPAS SAYA MENERIMA SURAT LAYANG DARIPADA SESEORANG YANG TIDAK DIKENALI MENGUTUK DBP CAWANGAN SABAH. ISUNYA TIDAK LAIN DARIPADA ISU YANG SAMA IAITU BERKAITAN DENGAN KEWIBAWAAN  DBP MEMBELANJAKAN SEJUMLAH DANA UNTUK PROGRAM-PRGRAM SASTERANYA. SAYA FAHAM TUJUANNYA MENYALINKAN SURAT LAYANG ITU SEMATA-MATA INGIN MENGAPI-APIKAN AGAR WUJUD SATU KEADAAN DI MANA  DBP CAWANGAN SABAH HARUS DIPERSALAHKAN. SAYA FIKIR TIADA ALASAN  MENGAPA KITA MAHU CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN DALAMAN DBP? PADA SAYA PANDANGAN TIDAK BERASAS TERHADAP DBP  TIDAK HARUS TERJADI. TIDAK HARUS TERJADI PERMUSUHAN DI DALAM RUMAH SENDIRI. APA YANG WAJAR KITA LAKUKAN IALAH KITA NYATAKAN PANDANGAN-PANDANGAN KITA DENGAN TELUS, JUJUR, IKHLAS DAN TERSERAHLAH KEPADA PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN MAHU MENERIMA ATAU TIDAK. TIDAK SEMUA PANDANGAN KITA ITU SESUAI DITERIMA BAGI MEREKA TETAPI SETIDAK-TIDAKNYA SEGALA PERSOALAN YANG ADA DALAM KOTAK FIKIRAN KITA SUDAH DISALURKAN. INILAH YANG SERING SAYA SEBUTKAN SEBAGAI SATU PERJUANGAN UNTUK MELETAKKAN MARTABAT SASTERA DI TEMPAT YANG SEWAJARNYA. SAYA TELAH MENYAKSIKAN MARUAH PARA PENGARANG KITA SERING DIABAIKAN. BANYAK SEKALI ALASAN DINYATAKAN APABILA KEPERLUAN-KEPERLUAN UNTUK MENGANGKAT PARA PENULIS KITA LEBIH JAUH KE HADAPAN. TETAPI APA YANG BERLAKU MEREKA KEMBALI KE BELAKANG DAN ADA KETIKANYA TIDAK BERGERAK LANGSUNG. PARA PENULIS TIDAK DAPAT MEMAJUKAN DIRI MEREKA KE HADAPAN APABILA SEGALA GALAKAN ITU TIDAK DIUNGKAYAHKAN DENGANSEMANGAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH.

SAUDARA-SAUDARI,

MASA TERUS BERLALU DENGAN CEPAT. PERGERAKAN MASA INI TELAH MENGUBAH CARA HIDUP MASYARAKAT KITA. TEKNOLOGI YANG DARI SEHARI KE SEHARI SEMAKIN CANGGIH TURUT MENJADI PENYEBAB POLA KEHIDUPAN KITA BERUBAH. MAHU TIDAK MAHU KITA YANG PERLU MENERUSKAN KEHIDUPAN MENGIKUTI ARUS YANG ADA ITU. BEGITU JUGA DENGAN PERANAN KITA SEBAGAI PENULIS. PADA SAYA, PERANAN KITA TETAP TEGUH. NAMUN BEGITU APAKAH DENGAN HANYA BERKATA-KATA BEGINI KITA MAMPU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERSEBUT? TENTULAH KITA BOLEH MEMBERIKAN JAWAPANNYA TETAPI YANG TERBAIK IALAH BAGAIMANA KITA BOLEH MENYATAKAN FIKIRAN KITA UNTUK MEREALISASIKAN PERANAN YANG SAYA MAKSUDKAN TADI. TIDAK ADA JALAN LAIN SELAIN KITA MENYATUKAN SEGALA BENTUK PENGORBANAN. PERSATUAN PENULIS BUKAN BADAN POLIITIK YANG SERING DIPERHATIKAN SEBAGAI PENENTU SESUATU DASAR. ADA WAKTUNYA PERSATUAN PENULIS DIKETEPIKAN MALAH DIPINGGIRKAN LANGSUNG. HINGGAKAN DALAM URUSAN PENYALURAN DANA PERSATUAN PENULIS TIDAK/TIDAK PERNAH MENJADI AGENDA PIHAK YANG BERKENAAN BREBANDING DENGAN YANG LAIN. BEGITU SETIAP DASAR PEMERINTAH AGAK JARANG BOLEH DIUBAH MELALUI SUARA NGO BERKAITAN. KITA LIHAT KEMBALI ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM SUBJEK-SUBJEK TERTENTU DI SEKOLAH. INI SUDAH SERING DIPERBUALKAN DI MANA-MANAPUN. SEBAB ITU KITA HARUS MELAHIRKAN SEBUAH PASUKAN YANG TEGUH, KOMITED, BERANI BERKORBAN DAN BERJUANG UNTUK MENGGERAKKAN IPS TERUS UTUH DALAM PETA GERAKAN SASTERA TANAH AIR. SEBAGAI INDIVIDU SAYA TETAP MELETAKKAN SEBAHAGIAN KEHIDUPAN SAYA DENGAN SASTERA, INI DARAH SAYA YANG MENGALIR, TIDAK MUNGKIN TIDAK WALAUPUN PELBAGAI RINTANGAN YANG DATANG YANG BOLEH MENYUNGKURKAN PRINSIP SERTA SIKAP SAYA. NAMUN DEMIKIAN SOKONGAN DARIPADA AHLI-AHLI SEMUA AMAT PENTING. TANPA ANDA IPS JUGA TIDAK MAMPU BERGERAK LEBIH CERDAS.

DALAM BLOG SAYA, ADA BEBERAPA CATATAN TENTANG REALITI PENULIS DAN PENULISAN . SAYA PERNAH MENCATATKAN TENTANG 'LILIN' KESAN DARIPADA SALAH SEBUAH SAJAK BONDA DAYANG SALMAH TAMIN. SEMUA ORANG FAHAM PERLAMBANGAN 'LILIN' BILA DIKAITKAN DENGAN PERANAN ATAU JASA BESAR SESEORANG PENULIS. APA YANG BERLINGKAR DALAM FIKIRAN BONDA DAYANG SALMAH MEMANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN BEGITU SAHAJA. MEMANG BUKAN MUDAH MENGUKUR JASA SEORANG SASTERAWAN BERDASARKAN KAYU UKUR BIASA. ADA ORANG TIDAK BEGITU KISAH TENTANG PERANAN YANG PERNAH DIABADIKAN DALAM KEHIDUPANNYA, NAMUN ADA JUGA YANG MEMERLUKAN PEMERHATIAN YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DARIPADA PIHAK LAIN BERDASARKAN KOMITENNYA TERHADAP DUNIA SASTERA TANAH AIR BERDASARKAN SEJARAHNYA YANG SEDIA ADA. PENGANUGERAHAN BINTANG ATAU PUN SUMBANGAN-SUMBANGAN UNTUK MENGHARGAI SESEORANG TETAP AKAN DIPERKATAKAN JUGA DENGAN HARAPAN KESINAMBUNGANNYA SEBAGAI SASTERAWAN YANG SUDAH BERUSIA PERLU DITERUSKAN. PADA SAYA, NAWAITU KITA SEBAGAI SIAPAPUN, PERLU KITA JELASKAN. MUNGKIN KITA PERNAH BERJASA TETAPI KITA TIDAK PERNAH BERFIKIR HARGA JASA ITU IALAH MEDAL ATAU GELARAN-GELARAN TERTENTU. KITA PERNAH MELETAKKAN KEDUDUKAN KITA SEBAGAI SASTERAWAN DI TEMPAT YANG BETUL, MENETAPKAN HAK KITA YANG SEBENAR, DAN KITA TIDAK MENGERJAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SASTERAWAN DISEBABKAN BINTANG. MEMANG BETUL BARANGKALI KITA UMPAMA SEBATANG LILIN YANG MENERANGI ALAM SEKELILING YANG GELITA DULUNYA, NAMUN HAKIKATNYA LILIN ITUPUN SEMENTARA SIFATNYA YANG AKAN TERKULAI PADAM BILA SAMPAI DETIKNYA. MAKA, YANG TINGGAL HANYALAH 'AROMA' LILIN ITU SAHAJA, SAMA ADA DIKENANG TERANG CAHAYA YANG PERNAH ADA DULU ATAU TIDAK, KITA TINGGLKAN KEPADA ORANG LAIN YANG BIJAK MELAKUKAN PENILAIAN MEREKA.

SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN,

KESEMPATAN PADA KALI INI SAYA SEKALI LAGI INGIN MENGGESA SEBILANGAN BESAR AHLI AGAR JANGAN BERHENTI BERKARYA. JANGAN HENTIKAN GERAK MATA PENA ANDA. BANYAK ISU YANG BOLEH KITA JADIKAN BAHAN TULISAN. MALANGNYA SAYA TIDAK MELIHAT BERLAKU KESUNGGUHAN DI KALANGAN KITA KHSUSUSNYA AHLI IPS SENDIRI KECUALI BEBERAPA ORANG. ADA YANG MENERIMA HADIAH SASTERA SABAH TETAPI TIDAK MENERUSKAN BAKATNYA. SAYA TIDAK TAHU MENGAPA INI BOLEH BERLAKU. PADA HAL DI HADAPAN KITA BANYAK PERISTIWA YANG TERJADI DAN AKAN TERJADI PERLU KITA NILAI DAN GALI PENGAJARANNYA. KITA MEMPUNYAI INTIUSI YANG TERSENDIRI KERANA KITA ADALAH PENULIS YANG TUGASNYA MEMBUAT PENILAIAN SELAIN MERAKAM KEHIDUPAN MANUSIA ITU SENDIRI. KITA JUGA ADA KEBEBASAN UNTUK MENULIS APA SAJA ASALKAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN FALSAFAH NEGARA KITA, TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AGAMA KITA DAN TIDAK BERCANGGAH DENGAN SENSITIVITI MASYARAKAT BERBILANG BANGSA, BAHASA DAN AGAMA NEGARA KITA.

SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN,

SAYA BERHARAP DARI SEMASA KE SEMASA KITA BOLEH MEMPERLIHATKAN KEMAMPUAN KITA PADA TAHAP YANG MAKSIMA. JANGAN ADA YANG BERKATA KITA MASIH BERADA PADA KEDUDUKAN YANG SAMA WALAUPUN SUDAH BERUSIA TUJUH  BELAS TAHUN. IPS JUGA TIDAK SEPATUTNYA DIPANDANG SEBAGAI SEBUAH PESATUAN JALANAN, SEBUAH PERSATUAN NYAMUK, SEBUAH PERSATUAN MUSIM DAN SEBAGAINYA. APA YANG PENTING, KITA PERTAHANKAN KEWIBAWAAN KITA. PADA MASA YANG SAMA MENGEKALKAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN TERHADAP KEMAMPUAN KITA. PADA HARI-HARI MENDATANG INI SAYA BERHARAP AHLI-AHLI JAWATAN KUASA YANG BARU AKAN MENERUSKAN SEGALA PROGRAM YANG SEDIA ADA SEPERTI BICARA KARAYA, ZIARAH SASTERA, BENGKEL PENULISAN KREATIF DAN BUKAN KREATIF, KHEMAH SASTERA IPS DAN SEBAGAINYA. DALAM PADA ITU, KITA PERLU JUGA MENGHIDUPKAN BIRO-BIRO KREATIF YANG KITA WUJUDKAN DI BEBERAPA BUAH DAERAH DI NEGERI INI SEPERTI BEAUFORT, KOTA BELUD, PAPAR DAN TUARAN. DI PERINGKAT SEKOLAH PULA KITA AKAN MEMPELBAGAIKAN PROGRAM YANG SESUAI KEPADA ANAK-ANAK MURID SEPERTI APRESIASI KOMSAS, AKTIVITI ANTI DADAH DAN ANTI PENYELUDUPAN, APRESIASI SASTERA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN TADIKA DI SAMPING AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG BOLEH KITA FIKIRAN.

SAUDARA-SAUDARA YANG DIHORMATI,

SAYA TELAH MENGUTARAKAN BEBERAPA PERKARA ASAS YANG KITA RASA AMAT PENTING DIJADIKAN RENUNGAN SEBAGAI PERSIAPAN MENUJU KECEMERLANGAN DALAM BERKARYA DAN JUGA KECEMERLANGAN KITA SEBAGAI PENGURUS KEGIATAN-KEGIATAN YANG MENJADI TERAS PENUBUHAN IPS SENDIRI. JIKA KITA RASA KITA MEMANG MASIH LEMAH DALAM BEBERAPA HAL, KITA JANGAN MENYOROK KELEMAHAN ITU. BIARLAH KITA DITERTAWAKAN ORANG SEKALI DARIPADA DIMOMOK SEBAGAI BODOH SOMBONG SEPANJANG HAYAT KITA. SAYA BERHARAP MENDAPAT RUMUSAN YANG POSITIF DARIPADA SAUDARA-SAUDARI SEMUA YANG HADIR PADA HARI INI DI SAMPING DAPAT PULA MENGUTARAKAN USUL DAN CADANGAN-CADANGAN BARU UNTUK PERBINCANGAN SETERUSNYA TERUTAMA SEKALI KE ARAH PENAMBAHBAIKKAN PERJUANGAN KITA BERSAMA.

  
Sdr Laliman Ahmad - Ahli Kerhormat IPS            Sebahagian ahli yang hadir.
sebagai perasmi. 

   
Sdr Abd Naddin Shaiddin: Ketua 2                        Cikgu Julius Mokejal - AJK


Sebahagian AJK yang mengikut Mesyuarat Agung IPS ke-17

 

PUSTAKAIQBALNAZIM



Posted at Saturday, April 19, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed