sinar

Saturday, April 14
Makalah Sastera

SAMUDERA KESUSASTERAAN MELAYU:

ANTARA CABARAN DAN HARAPAN

SASTERA NEGERI DI BAWAH BAYU ¯[1] 

 

Oleh HASYUDA ABADI,

Ikatan Penulis Sabah, Kota Kinabalu.

 
Siri Kedua

 

3.2       Peranan agensi-agensi kerajaan

            Agensi-agensi kerajaan pula harus lebih proaktif dan positif terhadap keperluan yang sepatutnya diberikan kepada individu serta kelompok seniman untuk melestarikan kegahan sastera dalam pembangunan negara. Pembangunan yang diwara-warakan tidak sewajarnya mengabaikan kehadiran nilai-nilai sastera. Misalnya ketika menyediakan perancangan bajet tahunan pembangunan negara hendaklah dipastikan bahawa pelestarian sahsiah bangsa juga perlu diberikan perhatian sama. Interaksi sosial harus lebih saksama di pelbagai peringkat dan pendekatan. Komuniti sastera merasa iri terhadap pemberian kemudahan yang berlebih-lebihan kepada aktiviti sukan dan kesenian memang bersifat klasik. Namun realitinya memang demikian kerana sastera bagaikan anak tiri yang sering dipinggirkan. Apa yang terjadi selama ini kegiatan sastera hanya berupa keperluan seadanya sahaja.

Begitu juga aktiviti penerbitan buku-buku yang bersifat ilmu dan juga kompilasi karya selain bahan-bahan bacaan popular perlu dijadikan program utama pihak-pihak yang berkaitan. Masalah besar di Sabah ialah ketiadaan penerbit yang benar-benar berwibawa dan memahami konsep penerbitan buku-buku bacaan yang sebenarnya. Kebanyakannya lebih menjurus kepada soal keuntungan semata-mata. Para penulis yang merancang menerbit dan mencetak karya mereka akan berhadapan dengan kos yang amat tinggi. Belum lagi berhadapan dengan masalah pemasaran yang bukan profesion mereka. Perpustakaan-perpustakaan tidak mungkin membeli buku-buku yang diterbitkan itu dengan jumlah yang besar.

 Namun demikian Perpustakaan Negeri Sabah memberikan laluan terbaik kepada      penulis-penulis Sabah memasarkan buku masing-masing. Begitu juga Perpustakaan Negara   Malaysia menawarkan pembelian buku terus dengan penulis. Namun begitu berapa ramaikah  penulis berkeupayaan mencetak buku dengan kos mereka sendiri? Satu-satunya penerbit yang mantap tentulah DBP. Bagaimanapun DBP mempunyai birokrasi yang perlu diikuti selain syarat-syarat yang ketat dan jumlah buku yang terhad untuk diterbitkan, misalnya DBP Sabah hanya menetapkan tidak kurang 10 buah buku sahaja setahun. Bagi merancakkan lagi senario penerbitan ini diharapkan ada syarikat-syarikat atau individu korporat tampil menghulurkan bantuan pembiayaan. DBP boleh dijadikan urus setia melalui unit penerbitannya menyelaras manuskrip-manuskrip para penulis. Ini termasuklah pelantikan penilai dan kerja-kerja penyuntingan.

            Pendekatan yang paling baik ialah dengan mewujudkan jabatan penerbitan di bawah kendalian kerajaan Negeri. Jabatan ini akan bertindak mencari perolehan jangka panjang     berkaitan bahan-bahan penerbitan daripada para penulis seluruh negeri. Peluang haruslah diberikan kepada semua warga penulis yang mampu membawa idea-idea bernas mengenai negeri Sabah menerusi pendekatan sastera yang sesuai. Ke arah pendekatan ini, MBSS yang sedia ada perlu dihidupkan semula dengan melantik barisan ahli majlis baru yang lebih  berwibawa. Perancangan majlis ini seperti menubuhkan Akademi Karyawan Sabah dengan hasrat membina kumpulan penulis dan karyawan yang terlatih dan berilmu perlu difikirkan kembali. Menerusi akademi seperti ini gerakan sastera lebih terarah dan terancang.

            Apresiasi sastera juga amat penting dilaksanakan misalnya dalam program yang sedia ada iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) yang dilaksanakan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini bagaimanapun perlu dilihat sebagai usaha yang berterusan dan dengan komitmen yang paling tinggi. PPSB diperkenalkan pada tahun 2005 di bawah kelolaan DBP. PPSB menjadi salah satu lagi komponen tambahan latihan di kalangan para pelatih PLKN yang terdiri daripada belia dan beliwanis berusia 18 tahun. Bagaimanapun selepas empat siri berlangsung, PPSB semakin mengecil dari segi jumlah hari latihannya iaitu daripada 6 hari kepada 3 hari. Ini bermakna interaksi antara para pelatih dengan fasilitator memberi kesan yang besar ke arah keberkesanan program tersebut. Program ini kini seolah-olah menjadi aktiviti ad-hoc selain ada masanya terpaksa pula berkompromi dengan pihak kem PLKN ketika menentukan tarikh latihan. Jika ini tidak diatasi dan dikaji semula oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara dan DBP secara khusus, PPSB akan terkubur daripada hasrat dan matlamat asalnya iaitu antara lainnya "mendukung usaha Kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda  Malaysia, menerapkan nilai-nilai murni untuk  melahirkan generasi muda yang cergas, berwawasan dan berjiwa kental dan memupuk minat dan apresiasi terhadap sastera dan budaya di kalangan generasi muda."  

            Nilai-nilai patriotisme juga sering dikaitkan dengan aktiviti sayembara deklamasi puisi. Setiap tahun aktiviti ini dilaksanakan sebagai bahagian daripada program menyambut hari  kemerdekaan. Namun demikian sayembara puisi yang diadakan setiap tahun kini kelihatan  semakin hambar selepas Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia  mengambil alih aktiviti ini daripada GAPENA. Di Sabah tanggungjawab ini disandarkan kepada Badan Bahasa Sabah (BAHASA) semasa pemilihan peringkat bahagian manakala di peringkat akhir dilaksanakan oleh KEKKWA Negeri. Sebelum ini DBP mampu menanganinya dengan cemerlang meskipun belum ada peserta Sabah mendapat sebarang tempat teratas kecuali pada tahun 2006 apabila Cikgu Dulamid Rudin menjuarainya di peringkat Nasional. Tujuan sayembara ini antara lain untuk menarik minat serta impak cintakan tanah air di kalangan rakyat sambil menampilkan bakat-bakat pendeklamasian puisi. Kita ingin melihat perkara kedua  tujuan yang dimaksudkan iaitu berkaitan dengan pencungkilan deklamator puisi yang terbaik. Malangnya setiap tahun kita menyaksikan tokoh-tokoh pendeklamasi yang sama; yang membezakan mereka hanyalah kedudukan tempat dalam sayembara yang dianjurkan. Ada peserta yang hanya layak digelar 'juara kampung'. Dia mampu menampakkan 'taji' dalam gelanggang negerinya tetapi sentiasa tewas apabila berada dalam gelanggang yang lebih besar. Tiada     peningkatan dilakukannya walaupun berada dalam gelanggang yang sama hampir setiap tahun  sejak sayembara ini dianjurkan. Sudah sampai masanya, senario ini diubah. Pengurus aktiviti ini harus memandang lebih jauh ke hadapan bukan kembali ke belakang jika mahu menjadikan deklamasi puisi sebagai profesion yang diminati komunitinya. Kita percaya sekiranya segala perancangan dilakukan secara profesional sebarang kecatatan atau kelemahan masih boleh diatasi. Sekiranya aktiviti pengisian kemerdekaan ini dianggap sebagai 'kain perca' semata-mata gerakan sastera kita juga akan turut terjejas. Pelbagai tindakan boleh dilakukan oleh agensi-agensi yang dipertanggungjawsabkan. Mereka boleh melantik para mantan juara misalnya, sebagai fasilitator kepada bakat-bakat baru. Pengalaman mereka perlu dilebarkan lagi di samping berusaha mempelbagaikan kemahiran agar kegiatan seperti ini juga mampu menarik seluruh lapisan rakyat meminatinya.

 

3.3       Peranan media

            Kita harus berani menyatakan bahawa para penulis Sabah masih mencari arah masing-masing. Mereka terus mencari pentas untuk memasyarakatkan karya mereka. Ruang muka   surat media massa yang terhad menyebabkan penyaluran karya sastera bergerak lembab. Tidak ada ruang yang membolehkan penulis menyiarkan tulisan-tulisan mereka dalam genre lain misalnya kritikan atau rencana sastera. Pemikiran-pemikiran lateral sastera juga membantu menjana pembangunan minda masyarakat sejajar dengan pembangunan bangsa. Oleh yang demikian, penyiaran bahan-bahan sastera di media-media massa menerusi DBP wajar diteruskan dengan  melebarkan lagi genre yang sedia ada. Para penulis di Sabah amat bertuah  dengan terbitnya majalah Wadah dan Jendela Sabah oleh DBP. Kedua-dua media ini menjadi pemangkin penting bagi penyiaran karya-karya terbaik penulis-penulis Sabah.

Kewibawaan majalah-majalah yang disebutkan ini wajar dimantapkan lagi dengan   meluaskan ruang dan peluang sebanyak mungkin bahan-bahan sastera disiarkan. Barangkali majalah-majalah ini boleh diubah daripada berbentuk berkala empat edisi setahun kepada    penerbitan setiap bulan. Ini penting kerana bahan-bahan sastera harus diletakkan dalam sebuah wadah yang sesuai meskipun media surat khabar merupakan tradisi cetakan untuk   bahan-bahan sastera berkenaan. Selain daripada itu ganjaran yang sewajarnya harus diberikan kepada para penulis sebagai penghargaan usaha mereka melahirkan khazanah fikrah yang berharga. Harapan ini sudah sering diutarakan agar semua media massa memberikan bayaran sagu hati kepada setiap karya yang disiarkan. Namun siapakah yang boleh menjanjikan pihak            pengurusan media-media berkenaan untuk memahami tuntutan para penulis yang memang berhak mendapatkannya?

 

3.4       Peranan badan korporat dan swasta

            Apakah peranan pihak korporat dalam usaha penjanaan sastera?  Dalam konteks Sabah jawapannya jauh sekali. Mesra seni budaya tidak pernah terjadi dalam kalangan para korporat, demikian halnya dengan syarikat-syarikat gergasi minyak atau komunikasi yang beroperasi di Sabah. Sekiranya terserlah sedikit kesedaran mesra seni budaya ini, kita yakin pihak-pihak yang dimaksudkan mempunyai keupayaan melakukan anjakan yang memberi manfaat kepada penggiat-penggiat seni itu sendiri. Masalah pembiayaan merupakan masalah paling pokok dalam apa juga kegiatan sastera. Misalnya pementasan teater. Dengan dana yang kecil pementasan teater menjadi aktiviti ala kadar dan dalam sesetengah hal ia bertaraf asal jadi.             Persoalannya ialah sampai bila perbuatan seadanya ini menjadi budaya para penggiat teater. Memaknakan produksi teater seharusnya diletakkan pada aras yang paling tinggi dan profesional; barulah perbincangan-perbincangan untuk memartabatkan teater meyakinkan pihak-pihak yang diajukan bantuan biaya. Semua kumpulan teater perlu memadukan perancangan dan buah fikiran daripada bertelagah menentukan grup atau kumpulan teater mana paling  berupaya 'memiliki' pentas teater di Dewan Besar DBP Cawangan Sabah dalam projek Teater  Perdana DBP yang diadakan sempena menyambut Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah. Jika wujud kesepaduan idea dan perancangan ia merupakan satu lagi kekuatan ke arah mesra seni budaya di kalangan korporat dan syarikat-syarikat berkenaan.

 

 4.      PENUTUP

Mudah-mudahan sastera Melayu akan terus menyerlah, cemerlang, gemilang dan seterusnya terbilang tanpa sempadan zaman. Semua pihak harus menggerakkan potensi yang ada untuk merealisasikannya. Kepekaan, persiapan diri serta visi yang tersusun akan menentukan  keberkesanan bidang sastera sebagai satu elemen penting dalam pembentukan masyarakat      madani, iaitu masyarakat yang seimbang dari segi pencapaian ilmu dan materialnya. Paparan yang tergambar menerusi makalah ini terletak pada tangan dan gerakan kerja semua pihak yang diperkatakan. Jika sikap tidak peduli dijadikan pilihan, sikap sambil lewa dan tidak  bertanggungjawab terus diamalkan, maka segala cabaran dan harapan masa depan yang menjadi perdebatan itu hanya berupa kata-kata beku di atas kertas semata-mata.

            Tugas dan agenda sastera memang tidak pernah ada noktahnya. Tugas-tugas pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera Melayu haruslah terus dimantapkan dan diusahakan  dengan lebih gigih lagi di samping mengkaji segala kelemahan untuk kebaikan bersama.      Budaya kerja dan budaya berfikir amat diperlukan untuk menjamin kemajuan kedua-dua      budaya ini seiringan. Insya-Allah kemajuan dan kecemerlangan akan terserlah, sastera Melayu akan bertambah baik dan semakin kukuh. Secara tidak langsung penulis dan semua  pihak yang saling berhubungan akan lebih dihormati, bermaruah dan berketrampilan sesuai dengan keindahan Negeri di Bawah Bayu.

 

25 Julai 2007

P U S T A K A   I Q B A L   N A Z I M

Kota Kinabalu  S A B A H

© Hasyuda Abadi 2007

http://hasyuda-abadi.blogdrive.com

012-8330664  


BIBLIOGRAFI

 

Abdullah Hussain, 2001. Perjalanan Mencari Bahasa.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

A.Aziz Deraman, "Sastera Melayu dalam Konteks Pembinaan Negara". Kertas kerja Perkampungan Sasterawan di Beringgis Resort Papar, anjuran DBP Cawangan Sabah, Kota Kinabalu, 23 - 25 Ogos 2004.

 

Dr. Datu Bandira Datu Alang al-Haj (1999). Sasterawan: Nukleus Sosialisasi Masyarakat Alaf Baru. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Dr. Mohammed Haleem Haji Razi (1995). Budaya Ilmu: Ke Arah Pemantapannya di   Kalangan Penulis di Sabah. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Hassan Ahmad (2002). "Budaya Ilmu". Imbasan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka.

Hasyuda Abadi, "Mencari Megakarya: Gagasan Generasi Baru". Kertas kerja Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Penulis Nasional dan Persatuan Penulis Johor di Pontian Johor, 3 - 6 Jun 2005.

 

Irwan Abu Bakar. "Novel Popular dan Pembangunan Minda" dlm. Dewan Sastera, Februari 2007.

 

Jasni Matlani, "Quo Vadis Sastera Sabah?" dlm. Wadah, April 1999.

 

Jasni Matlani, "Suasana Perkembangan Sastera Melayu Mutakhir di Sabah" dlm. Wadah,   Disember 2005.

 

Johan Jaaffar (1989). Sastera Malaysia untuk Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keris Mas. "Sastera Harus Mengangkat Darjat Manusia" dlm. Dewan Sastera, Oktober 1978.

 

Sapawi Haji Ahmad. "Wawancara: Ke mana Arah Sastera Sabah" dlm. Wadah, April 1999.

Zakaria Ariffin. "Industri Kreatif dan Peluang Kerjaya" dlm. Dewan Sastera, Jun 2007.

 


Posted at Saturday, April 14, 2007 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed