sinar

Friday, April 13
Makalah Sastera

SAMUDERA KESUSASTERAAN MELAYU:

ANTARA CABARAN DAN HARAPAN

SASTERA NEGERI DI BAWAH BAYU ¯[1] 

 

Oleh HASYUDA ABADI,

Ikatan Penulis Sabah, Kota Kinabalu.

 

Siri Pertama

 

1.                 PENDAHULUAN

 

Negeri di Bawah Bayu melahirkan persepsi yang cukup indah kepada para pelancong. Ada nilai puitis yang menyimpan seribu satu pengertian yang tersirat. Buminya amat mempesona dengan kekayaan alam semula jadi; dari puncak gunung hinggalah ke dataran lembah dan dasar lautnya. Unsur-unsur budaya daripada berbagai-bagai latar etnik masyarakatnya mekar mewangi mempusakai tradisi turun temurun. Hasil buminya menjadi sumber rezeki dan kehidupan yang selesa bukan sahaja kepada rakyat Sabah bahkan pekerja yang datang dari negara-negara jiran. Berlakulah pelbagai cabaran ketika berhadapan dengan masalah-masalah sosial, tragedi politik yang luar biasa, percaturan nilai perkauman dan sebagainya. Maka sastera memandangnya dengan kaca mata disiplin dan kepaduan fikiran yang pelbagai. Sayangnya rahsia sastera jarang sekali dibicarakan atau dipertanyakan secara terbuka sepertimana tuntasnya perdebatan hangat politik dan ekonomi yang mewarnai gelombang pemerintahan kerajaan. Kegelisahan tercerna hanya menerusi makna yang bersembunyi di sebalik diksi dan bait-bait puisi; ungkapan-ungkapan yang berlapis dalam karya-karya prosa anggota masyarakatnya yang bergelar penulis. Wujudnya nilai sastera kerana adanya insan penulis serta individu dan kelompok yang prihatin tentang kewujudan sastera. Mereka memeliharanya dengan baik walaupun memahami sastera tidak menjanjikan apa-apa seperti memiliki harta dunia yang bersifat sementara. Nilai murni melahirkan sahsiah budi dan moral mengharumi sastera itu lebih penting dan berusaha mempertahankannya.

Maka program-program pembinaan dan pemugaran karya sastera dipertingkatkan. Bengkel-bengkel pengkaryaan dilakukan. Penilaian dan penghargaan dilaksanakan. Mempelbagaikan aktiviti pengapresiasian tidak pernah bernoktah. Pengurus-pengurus sastera jatuh dan bangun berjuang merentas cabaran kecil dan besar. Pengamal sastera yang datang dan pergi, kelembapan kemudahan prasarana terkini, kedudukan dana yang terhad dan juga penerimaan berkala serta seadanya masyarakat terhadap sastera itu sendiri terus diperhatikan. Kadang-kadang terasa wujudnya jarak 'alam sastera Malaysia' seolah-olah meminggirkan generasi sastera di Sabah akibat limitasi geografi. Kewajarannya mungkin berasaskan kekerapan para peneliti sastera kurang memberikan perhatian terhadap karya-karya para penulis Borneo Utara ini. Bukan itu sahaja malah ada penulis-penulisnya yang tidak tersenarai dalam susur galur penulis-penulis Malaysia. Apakah semua ini berpunca daripada masalah besar mendapatkan sumber perolehan hasil penulis Sabah? Apakah wajar kehadiran seseorang penulis itu tidak penting walaupun telah menulis ratusan puisi dan cerpen di pelbagai media massa hanya kerana tidak ada dokumentasi percetakan? Apakah gerakan sastera di Sabah tidak serancak tempat-tempat lain walaupun jika dibahagikan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, aktIviti sastera di Sabah juga tidak kurang hebatnya?  Jika demikianlah yang dipertanyakan, ini bermakna denyut sastera di Sabah tidak hanya membentuk riak yang kecil.  

Sastera di Sabah tetap dirasakan denyut kehadirannya sepertimana dunia sastera di Negara Brunei Darussalam, Sarawak dan Kalimantan. Sastera sesuatu bangsa itu (baca: Sabah) tidak akan ternoktah dalam situasi apa pun, sama ada pengamal sastera silih bertukar dan digelorai pelbagai cabaran fizikal. Para penulis yang saling datang dan pergi ini serta agensi-agensi yang mengurus program-program sastera terus melaksanakan peranan masing-masing. Tidak ada dalam sejarah sastera mana-mana bangsa di dunia sastera bangsa itu menemui kematian begitu sahaja melainkan ia terus diwarisi, berkembang dengan baik, dengan aktivis yang baru membawa perubahan malah menampilkan kepelbagaian yang tidak terduga. (Jasni Matlani: 2005). Kehadiran penulis baru ini bukan sahaja memeriahkan dunia sastera malah akan memperteguhkan lagi sekali gus memantapkan khazanah sastera bangsa itu sendiri.

 

2.       MERENTAS GELORA SAMUDERA SASTERA

 

Menurut Sasterawan Negara Keris Mas (1987), hampir setiap kelompok masyarakat terumbang-ambing dalam gelora materialisme yang menonjolkan kemewahan dan kekuasaan sebagai aspirasi perjuangan hidup. Kesusasteraan seolah-olah kehilangan akar tunjang dalam gelora besar ini. Kalau ia tercabut maka kemungkinannya amat buruk, sastera akan menjadi alat hawa nafsu, kuasa dan kemewahan. Pada era seperti ini sastera sepatutnya mesti lebih  gagah dan lebih kuat untuk menentukan komitmennya terhadap pengangkatan darjat manusia yang mulia dan murni

Untuk mencapai hasrat dan harapan yang diinginkan tidak ada jalan selesa ke arah itu, sama ada masyarakat yang menikmati produk sastera itu mahupun individu atau kelompok yang menjanai gerakan sastera berkenaan. Dalam makalah ini kita akan meninjau cabaran-cabaran dan juga harapan-harapan yang saling menyokong antara satu sama lain. Kita tidak harus melupakan bahawa setiap cabaran itu ada puncanya dan cara meladeninya. Demikian juga harapan yang disandarkan terhadap persoalan yang memerlukan pemerhatian serta gerak usaha yang berterusan. Sejauh mana cabaran dan harapan yang ditimbulkan ini bagaimanapun masih tertakluk sejauh mana kepekaan pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan mengungkayahkan peranan masing-masing.

 

2.1       Cabaran Globalisasi

Cabaran terbaru beradaban rantau berbahasa Melayu amat berkait dengan era globalisasi.  Senario ini tidak ditemui sebelumnya kerana bahasa Melayu itu telah mengambil tempat yang sangat penting sesudah kemerdekaan Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam sehingga bahasa kita itu bangun berkembang sebagai salah satu bahasa moden, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa kesatuan dan penyatuan rakyat. (A.Aziz Deraman: 2004). Isu globalisasi menjadi isu yang diperkatakan oleh para pemimpin politik, ahli ekonomi dan dagang tetapi jarang sekali dalam bidang sains sosial yakni kemasyarakatan dan kemanusiaan. Globalisasi menjadi suatu istilah baru sesudah 1990-an apabila teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang begitu sinonim dengan pasaran bebas, walhal keuntungan ekonomi itu tidak semestinya membawa kesan positif kepada peradaban: keruntuhan moral dan akhlak, lahirnya tren sosial masyarakat industri yang maju, kesan negatif terhadap nilai sosio-budaya, jati diri dan perpecahan masyarakat. Ciptaan tempatan bila-bila masa boleh dirosakkan oleh unsur-unsur "American Global Village" dengan pengaruh keterlaluan akibat kecelaruan kita menerima bahasa Inggeris yang membawa unsur-unsur baik dan buruknya itu. Nilai-nilai tradisi kita cukup mudah berubah beralih kepada budaya Barat tanpa saringan lagi, sehingga asimilasi keterlaluan itu mampu pula menjahamkan bahasa dan kesusasteraan kita. Kita perlu  menguasai lebih daripada satu bahasa asing, terutama bahasa Inggeris tetapi tentu sekali dalam ukuran keperluan dan kepentingannya.

Walaupun telah diketahui bahawa sastera Melayu mencapai kemajuan yang pesat (dalam konteks kebangsaan) hasil usaha pelbagai pihak, namun demikian banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi dalam mengharungi masa depan. Cabaran-cabaran terhadap sastera dalam tahun-tahun mendatang tentunya tidak sama dengan apa yang akan dihadapi pada masa lampau. Kemajuan politik, ekonomi, sains dan teknologi mempunyai kesan sampingan yang tidak semestinya positif terhadap perkembangan sastera negara dan budaya bangsa. Usaha untuk mencapai kemajuan material pada hakikatnya menghakiskan beberapa nilai murni bangsa yang pada mulanya diangkat daripada hasil warisan bangsa. Namun begitu, adalah tidak  wajar kita menjadi terlalu nostalgik tentang keadaan ini dan mengharapkan kembalinya masa silam di mana peradaban kita menjadi landasan kukuh dalam membina kemajuan bangsa. Sastera tidak semestinya menyongsong arus untuk kembali mekar dan segar dalam suatu suasana yang sudah berubah. Apakah tindak balas kita semua dalam menangani persoalan-persoalan globalisasi, tentulah akan terungkap bahawa kita harus kembali ke akarnya tanpa bermaksud melangkah semula ke belakang.

 

2.2       Pengurusan dan pemasaran produk sastera

Bagaimanakah karya sastera penulis di Sabah mampu berada bersama-sama karya-karya besar yang lain dalam peta sastera Malaysia dan Nusantara? (Hasyuda Abadi: 2005). Kita memang mampu menangani cabaran ini kerana para penulis mempunyai kesungguhan dan nilai keusahawanan yang tersendiri. Penulis dapat memainkan fungsinya sebagai cendekiawan yang berupaya mendominasi hala tuju dan bertindak sebagai nukleus untuk mencipta citra masyarakat. (Datu Bandira Datu Alang: 1999).

            Kita harus melahirkan lebih ramai sasterawan yang berupaya mencetuskan fikrah minda mereka untuk tatapan masyarakat, menjadi sekumpulan manusia rujukan kerana mereka adalah pencetus idea-idea baru. Penulis ialah agen perubahan cara berfikir, tingkah laku dan sikap dalam masyarakat. Justeru sebagai agen perubahan, mereka juga harus mempunyai  keterampilan yang hebat dan mengagumkan. Di sinilah cabaran perlu diperhatikan supaya para sasterawan dapat membentuk imej dan keterampilan menerusi penghasilan karya-karya sastera yang besar agar menjadi cerminan dan ikutan yang menghala kepada   kesempurnaan. 

            Mungkin kelembapan industri buku di negeri Sabah memberi sedikit banyak kesan ke arah pendewasaan para penulis yang mapan mahupun yang baru berkecimpung dalam dunia sastera. Namun begitu, fenomena ini tidak harus dijadikan sebab terbantutnya usaha pembesaran dan penyejagatan sasterawan dan karya sasterawan berkenaan. Malah sudah ada     keberanian yang dilakukan oleh sasterawan seperti Dayang Salmah Salam (Kumpulan Cerpen 'Sewangi Bunga'), Raymond Majumah (Kumpulan Cerpen 'Selamat Tinggal Sabah', Kumpulan Puisi 'Terbang Tinggi Nun Jauh' dan 'Percik Ilusi')  dan Jasni Matlani (Kumpulan Cerpen 'Dunia Iris') menerbitkan dan mencetak sendiri buku masing-masing. Ini membuktikan juga  bahawa penerbitan buku-buku sastera juga boleh dilakukan tanpa mempedulikan soal keuntungan kerana apa yang penting ialah khazanah sastera itu sendiri.

            Kreativiti sebagai suatu kriteria yang wajar ada pada seseorang sasterawan  sudah tentu juga menjangkau sehingga kepada isu pemasaran karya. Seharusnya difikirkan cara terbaik agar memasarkan produk karya mereka kepada masyarakat dilakukan secara meluas dan terbuka. Kita harus memiliki sasaran lebih lebar bukan semata-mata di kalangan sesama sasterawan, sarjana atau pelajar tetapi juga daripada golongan lain seperti para saudagar atau yang terlibat dengan dunia korporat, ahli-ahli politik, pemimpin tertinggi negeri atau negara, masyarakat desa dan sebagainya. Para sasterawan juga wajar tidak terlalu merendahkan diri mereka apabila berada di dalam apa juga kelompok masyarakat. Selain daripada itu,         sebaiknya diwujudkan sebuah konsortium pemasaran karya sastera. Perlunya juga usaha promosi yang sistematik misalnya melalui paparan iklan yang lebih meluas, dan pengupayaan memperkenalkan karya dan sasterawan di peringkat nasional dan antarabangsa menerusi kemampuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.

Sewajarnya juga lebih ramai sasterawan kita yang berwibawa dalam karyanya   meraih Hadiah Sastera Nasional seterusnya layak diketengahkan bagi penilaian Hadiah Sastera  Mastera apabila kesungguhan dan usaha rancak industri penerbitan buku dilaksanakan dengan jayanya. Ke arah sasaran ini, cabaran para sasterawan sudah tentu akan melipat gandakan lagi kecemerlangan mereka menghasilkan karya-karya besar yang hebat. Mereka akan menjadikan bahan-bahan sejarah, akar budaya, rimba kehidupan masyarakat tempatan sebagai nukleus atau pati kesusasteraan yang akan menjadi jati diri bangsanya.  

Kadang-kadang kita berfikir kecil, hidup dan bernafas di dalam kepompong sosio-budaya yang sempit.  (Johan Jaafar: 1989). Yang ada hanyalah karya kita, keghairahan kita dan sedikit nama. Memadai kita dikenali sebagai penulis atau sasterawan sebuah atau dua buah karya sastera dan dikagumi oleh segelintir teman-teman. Lalu kita menulis untuk diri kita dan sebilangan kecil masyarakat yang menikmatinya.    Sastera Melayu adalah sastera yang kecil, bukan kerana keupayaannya atau kerana potensi yang ada padanya tetapi kerana kita sengaja menjadikannya kecil. Yang berlaku kita sengaja membesar-besarkan yang kurang penting  terutama sekali kepada hal-hal yang boleh tidak boleh, jadi tidak jadi, rajuk yang merugikan, marah yang memudaratkan dunianya sebagai sasterawan sejati dan sebagainya. Apatah lagi apabila persepsi masyarakat terhadap kesusasteraan yang terbatas dengan melihat kesusasteraan sebagai karya semata-mata, tidak sebagai ilmu. (A.Aziz Deraman: 2000). Sepatutnya kesusasteraan sebagai karya dan sebagai ilmu harus dilihat sebagai gabungan konsep kesusasteraan secara menyeluruh. Kita tidak berfikir secara besar dan berusaha secara serius untuk memperluaskan andatila sastera kita ke pengetahuan dunia. Apa yang kita lihat usaha secara persendirian. Menerbitkan buku juga secara bersendirian. Memasarkannya juga demikian. Jika demikian, bagaimana dunia boleh mendapatkan karya kesusasteraan kita?

Ambil sahaja terjemahan. Bukan kita tidak berusaha menterjemah karya kesusasteraan ke dalam bahasa dunia yang lain, tetapi sejauh manakah usaha terjemahan itu tersebar? Apakah hanya tertimbun di rak-rak perpustakaan dan di kedai-kedai buku dalam negeri? Terjemahan itu harus tersebar luas bukan sahaja di perpustakaan-perpustakaan besar dunia, universiti-universiti terbaik malah kedai-kedai buku ternama. Sewaktu kita mengakses carian di internet, apakah senarai panjang karya kita juga terdapat di situ? Sekiranya kita mahu dikenal di mata dunia, kita harus berusaha secara agresif untuk memperkenalkan diri kita. Sebaik mana pun karya-karya sasterawan terbilang kita, sekiranya tidak diketahui oleh dunia, tidak memberikan apa-apa pengertian dan tidak akan menaikkan imej sastera kita pada kaca mata antarabangsa. Cabaran ini harus dilihat secara positif berdasarkan kemampuan yang dimiliki para sasterawan berkenaan.

            Di samping itu karya-karya memoir juga wajar dikembangkan. Genre penulisan ini memang kurang mendapat perhatian kerana ia memerlukan kemahiran menulis yang berbeza dengan genre sastera lain. Melalui buku yang berbentuk memoir, masyarakat dapat mengenal dan menghayati perjuangan seseorang tokoh. Kisah peribadinya, kesusahannya, pengalamannya, perjuangannya dan keperibadiannya yang dibaca melalui memoir juga kita akan lebih menghargai seseorang tokoh. Apabila penghargaan terzahir, penulisan memoir merupakan satu bahan dokumentasi yang boleh dijadikan rujukan kepada para pengkaji dan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil jurusan sastera.  Setakat ini dua orang penulis Sabah telah menghasilkan buku memoir iaitu Datuk Rasan Majanun Jasni (R.M.Jasni) menerusi "Memoir Anak Sisa Peperangan" dan Jackson Sawatan (Sepasang Kasut dan Selipar Jepun). Buku-buku ini telah diterbitkan hasil daripada Peraduan Hadiah Biografi pada tahun 2001/2002 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP). Namun ia merupakan suatu permulaan dan Sabah mempunyai ramai penulis berpotensi yang perlu diasah dari semasa ke semasa.

 

2.3       Komuniti sastera

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein amat tebal dalam dunia alam Melayu dari sudut global tetapi beliau tidak lupa kepada yang lebih dekat dengan dirinya iaitu komuniti sastera di peringkat akar atau komuniti sastera desa. Komuniti ini seharusnya diberikan perhatian. Namun apa yang terjadi komuniti itu bergerak secara mandiri. Misalnya aktif menulis tanpa kelompok dan bergerak dalam keadaan yang tidak diurus dengan baik. Komuniti sastera di peringkat akar ini harus diorganisasikan dan mendapat kerjasama daripada individu-individu dalam komuniti berkenaan. Mereka harus bernas, punya andatila program yang luas. Saya fikir usaha ke arah itu harus berterusan seperti mengadakan klinik atau workshop penulisan sebagai aktiviti terasnya. Barulah barangkali dapat melahirkan individu penulis yang berwibawa daripada kalangan komuniti tersebut.

            Kita juga melihat usaha yang kerap dilakukan oleh sama ada pihak DBP Cawangan Sabah mahupun persatuan-persatuan penulis memberikan impak yang positif, memberikan cernaan usaha yang bersambungan. Aktiviti sastera dan budaya bahkan apa juga yang berkaitan dengan kesenian diadakan di desa-desa kecil. Ini boleh direalisasikan melalui aktiviti seperti kenduri sastera, sebagai contoh, bakal menonjolkan pelbagai budaya yang ada di desa-desa berkenaan. Sebelum ini memang sering juga dilakukan misalnya program penulis masuk desa, tetapi tidak diteruskan sebagai aktiviti yang konsisten. Kita boleh menganjurkan program yang lebih khusus misalnya Program Keluarga Angkat Penulis. Kita memilih desa atas kapasitinya sebagai lokasi yang berkedudukan setempat dan berkelompok, kaya dengan budaya dan kesenian tradisional. Interaksi budaya akan berlangsung dan ini memberi dorongan kepadanya menulis banyak perkara. Dalam hal ini, tidak ada sesiapa yang akan mengungkayahkannya jika bukan para aktivis dan pengurus sastera di peringkat agensi kerajaan yang terbabit dan juga persatuan-persatuan penulis yang berkemampuan.

    

2.4       Sokongan dana dan biaya

Wujudnya cawangan DBP di Sabah pada 1 Januari 1977 memang amat bererti bagi  seluruh masyarakat dan juga para penulis. Daripada pejabat kecilnya berhampiran Rumah        Persekutuan Sembulan di Jalan Tunku Abdul Rahman hinggalah berpindah ke kompleks baru di Teluk Likas yang besar dan canggih, mengingatkan masyarakat penulis di Sabah bahawa tidak ada hari-hari yang sama dan tidak juga ada tahun yang sama sepanjang masa tanpa  perubahan. (Jasni Matlani: 2005). Keupayaannya melaksanakan semua objektif yang dipertanggungjawabkan memang amat membanggakan. DBP begitu unggul menyemarakkan program-program bahasa dan sastera; dari semasa ke semasa menunjukkan ketrampilan yang tidak mampu dilakukan agensi kerajaan lain.

Pada tahun-tahun 70-an dan 80-an agensi-agensi kerajaan negeri tidak menghadapi  masalah dalam penyaluran dan sokongan dana kepada pihak-pihak yang memerlukan, misalnya Yayasan Sabah dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah. Yayasan Sabah suatu ketika dulu malah pernah bersama GAPENA menganjurkan peraduan menulis novel yang berakhir pada tahun 1985 setelah berlangsung sebanyak empat kali. (Abdullah Hussain: 2001). Selama hadiah ini berjalan, beberapa buah novel penting telah dapat dihasilkan yang dimulai oleh Anwar Ridhwan dengan novelnya yang terkenal Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Azizi Haji Abdullah, Seorang Tua di Kaki Gunung, iaitu hadiah kedua GAPENA-Yayasan Sabah II, dan penulis wanita Marshitah Haji Mohd. Noor telah menggondol hadiah pertama dalam peraduan kali ketiga dengan novelnya Kemboja di Pinggir Kali. Zakaria Ali telah menjadi pemenang terakhir peraduan ini dengan karyanya yang berjudul Empangan.

 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah sebelum dipisahkan menjadi dua buah agensi berasingan iaitu Lembaga Sukan Sabah dan Lembaga Kebudayaan Sabah, juga memberikan ruang serta peluang yang luas kepada semua penggiat kesenian. Ini termasuklah kelompok-kelompok teater dan persatuan-persatuan penulis. Bagaimanapun selepas pengasingan itu terjadi program kesusasteraan telah dipinggirkan jauh. Pada 16 November 1996 Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBSS) ditubuhkan sebagai alternatif memugarkan lagi program-program sastera lebih terancang dengan memanfaatkan dana daripada kerajaan Negeri Sabah. MBSS direalisasikan hasil perbincangan-perbincangan kecil di warung makan sehingga menjadi salah satu agenda besar di bilik mesyuarat DBP seterusnya dilebarkan di peringkat lebih tinggi iaitu kerajaan Negeri. Objektifnya ialah untuk menangani masalah perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan dasar serta kemajuan bahasa dan sastera di Sabah. (Sapawi Haji Ahmad: 1999). MBSS telah membuktikan kemampuannya menerusi penganjuran  dialog keilmuan, pertemuan budayawan dan sasterawan serantau, sayembara penulisan, wacana minda yang menampilkan tokoh-tokoh sasterawan tempatan dan luar selain daripada tokoh-tokoh akademik dan tokoh-tokoh politik nasional. MBSS juga pernah menganjurkan   Pertemuan Budayawan Serantau BIMP-EAGA pada tahun 2000 dan Festival Sastera Perpaduan Malaysia 2003 di Kota Kinabalu. Kejayaannya memang telah menyerlahkan sesuatu yang bermakna dalam catatan sejarah kesusasteraan tanah airnya khususnya di Sabah.

            Meskipun MBSS tidak tampak beriringan lagi dengan aktiviti kesusasteraan di Sabah empat tahun ke belakangan ini atas alasan masalah pengurusan dan kewangan, namun begitu harapan masih disandarkan kepada majlis ini kerana bukan mudah mewujudkan sebuah      institusi seperti MBSS. Apatah lagi untuk menempatkan sastera dan bahasa sebagai wadah pentingnya. Sungguh malang nasib anak bangsa di Sabah jika sebuah majlis yang  diberi amanah melaksanakan mandat rakyat telah kesasar daripada landasan sebenar, hanya disebabkan keperluan sesetengah pihak yang berkepentingan dengan meletakkan sastera sebagai tunggangan untuk mencapai matlamat yang tersirat. Bagai enau dalam belukar melepas pucuk masing-masing; di saat keperluannya diharapkan sebuah majlis yang dahulunya menjadi wahana atau saluran utama menyelaras serta menyemarakkan kegiatan sastera dan bahasa kurang memberikan sebarang makna lagi kepada anak bangsanya. Cabaran ini harus digalas dan dipertanggungjawabkan.

            Program-program pemugaran sastera di Sabah tidak mungkin dapat dipertingkatkan sekiranya penyelarasannya tidak dilakukan secara terancang terutama dalam soal pengurusan. Terlalu berharap kepada komitmen DBP tentulah kurang adil. Kerana itu juga ditegaskan   bahawa agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Kebudayaan. Kesenian dan Warisan (Kekkwa), Lembaga Kebudayaan Negeri serta Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri juga harus turut memainkan peranan secara lebih proaktif, terutama dalam penyaluran kewangan tahunan masing-masing. Amat sukar menjangkakannya kerana sastera selalu menerima pemahaman yang berbeza-beza. Selagi sastera tidak dianggap sebagai bahan komoditi atau keperluan, ia tetap terus tercabar dan bersaing dengan keperluan sosial lain seperti aktiviti sukan, kesenian dan hiburan berbentuk hendonisme yang mementingkan nilai pesta semata-mata.      

      

2.5       Budaya pop dan intelek

Budaya pop merupakan ancaman besar perkembangan sastera kita. Walaupun budaya ini jelas bercirikan aliran budaya barat, masih juga ada yang beranggapan inilah realitinya dunia masa kini. Malah budaya pop sering dikaitkan dengan industri kreatif dan peluang      kerjaya yang tersendiri. Akibatnya sesetengah pihak mengambil sikap sambalewa sehingga sesuatu produk seni itu hanya berbentuk 'separuh tanak' atau bersifat 'mee segera'. Ini boleh dibuktikan dengan produksi drama-drama televisyen  yang tidak lebih berupa sketsa murahan atau teater bertaraf persembahan sekolah rendah. Unsur-unsur tahyul dalam filem-filem kini seolah-olah memberi laluan kepada berleluasanya 'pemikiran jembalang' walaupun dianggap sebagai hiburan langsung semata-mata. Kita juga dilambakkan dengan bahan-bahan bacaan yang 'menghina' intelek atau tahap pemikiran satu bangsa yang bertamadun dan sudah 50   tahun merdeka. (Zakaria Ariffin: 2007). Demikian juga dengan produk muzik yang tidak ubah seperti dihasilkan daripada 'bahan-bahan terbuang' dengan lirik lagu yang dengan megahnya mencemar bahasa Melayu. Sensitiviti pihak-pihak yang lebih mementingkan keuntungan jarang sekali berusaha memahami kepentingan budaya bangsa yang sepatutnya dipertahankan.

            Lambakan bahan-bahan bacaan seperti majalah-majalah selibriti dan novel-novel popular memberikan saingan hebat membantutkan pertumbuhan citarasa sastera dan budaya membaca yang pintar. Tidak dapat dinafikan bahawa novel popular mampu menyuburkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda di samping itu mampu menggalakkan kegiatan   menulis di kalangan generasi muda. (Irwan Abu Bakar: 2007). Perkara ini merupakan suatu sumbangan positif yang perlu dihargai apabila kita mengambil kira generasi muda masa kini  menghabiskan banyak masa mereka di depan kelir komputer, melayari laman-laman internet yang bersifat interaksi sosial atau diskusi yang sifatnya bermutu rendah. Kesan daripada      kehadiran bacaan-bacaan popular ini tentulah kemampuannya memberikan sejenis hiburan santai. Kesantaian yang diperoleh melalui pembacaan ini sekurang-kurangnya dapat melegakan minda dalam suasana kehidupan semasa yang penuh dengan  tekanan. Walau bagaimanapun, kita mestilah juga prihatin terhadap hal-hal negatif yang berkaitan dengan pembacaan karya-karya popular ini. Pertama, novel jenis ini berkeupayaan memerangkap pembaca dalam suasana pembacaan intelek rendah. Hal ini memberikan  sumbangan negatif terhadap        pembangunan intelek masyarakat dan tamadunnya. Kedua, dalam jangka panjang, kehadiran bacaan popular yang tidak dikawal akan mengganggu  perkembangan serius dalam tamadun kita, apabila tumpuan pembaca yang didominani golongan  remaja lebih menjurus terhadap bahan bacaan jenis ini berbanding dengan bahan sastera yang dilihat lebih mampu membangunkan minda pembaca.

            Satu kesilapan seandainya ada yang berpendapat remaja gerun memegang khazanah sastera sebaliknya gemar dengan segala yang segera (popular), malah golongan remaja ini juga tidak melihat sastera sebagai momok.  Pendekatan yang diambil oleh kerajaan dengan memperkenalkan program penghayatan sastera di sekolah menengah (KOMSAS) telah  memadamkan riak gundah para remaja terhadap teks sastera. Mereka bertatih mengenal cerpen dan novel berkualiti malah sudah yakin bahawa sastera bukanlah perkara berat dan berhantu (momok) tetapi sesuatu yang bernilai seni, ilmu pengetahuan, jati diri dan hiburan. Sastera termuat dalam puisi moden dan tradisi, sastera terkandung dalam wacana ilmiah dan diksi kreatif. Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad (2007) berkata: bersusah payah merenungi makna di sebalik makna memang indah. Ujian, rintangan, matapetaka, bencana dalam  kehidupan kita memang indah dan diperlukan sangat kerana melaluinyalah kita membesar  dengan maknanya yang sebenar serta cepat mematangkan perjalanan kita. Di situlah wujud kebijaksanaan. Di  situlah tersiratnya apa yang selama ini disimpulkan sebagai estetika budaya tinggi bukan estetika budaya pop.

Sasterawan tidak terlepas daripada daya untuk membina diri dengan nilai-nilai        keilmuan, dengan karya yang juga tidak sekadar lontaran emosi, tetapi memiliki pemikiran, sentuhan keinsafan serta pesan dan pedoman kepada ummah untuk membentuk peradaban. Para sasterawan juga tidak hadir sekadar untuk berkelana dengan ilham tetapi mengisi fikrah dan karya dengan ilmu dan menggilap kecintaan ummah dengan nilai-nilai hubbul ilm wal ulamak yang menjadi paksi dalam membina kecemerlangan. Upaya ini menurut Mohd Ariffin Arif (1998), menghimbau kita untuk meneruskan hijrah dalam pelbagai dimensi, termasuk peningkatan terhadap penghayatan nilai ilmu.

Kita harus menumpukan kepada pembinaan kewibawaan kerana hanya tulisan atau karya yang berwibawa sahaja yang menjamin dunia penulisan bermartabat. Kewibawaan ini pula hanya dapat diperolehi melalui kombinasi pelbagai unsur, iaitu ilmu, pengalaman,  ketekunan, kekuatan dan ketajaman berfikir. Kehilangan satu unsur dalam kombinasi ini akan mengurangkan kewibawaan sesuatu tulisan. Tanpa satu unsur itu, seseorang penulis tidak mampu mencerna dapatan orang lain dan dapatannya sendiri yang akhirnya menjadikan        tulisannya itu dangkal. 

 

2.6       Serasehan sastera

Dalam konteks perkembangan sastera di Sabah, memang tidak dinafikan ia memerlukan perkembangan dunia kritikan yang baik dan sihat. Bukan tidak ada usaha pembinaan  berkaitan bidang ini namun cabarannya ialah kemampuan para penulis yang membabitkan diri itu sendiri. Ada keadaan di mana ilmu kritikan sastera bukan suatu perkara yang mudah didalami. Keadaan ini digandakan lagi apabila angka kecil para ilmuan menceburi bidang ini sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung, kecuali dengan kehadiran Asmiaty Amat dan Dr.Ramzah Dambul dari Universiti Malaysia Sabah (UMS); mereka menjadikan kritikan sastera sebagai tugas tambahan selain mengajar di bilik kuliah. Lompang kritikan sastera di Sabah diisi oleh para penulis yang belajar daripada pengalaman dan ilmu bantu menerusi bengkel-bengkel kritikan yang pernah dibimbing oleh Sahlan Mohd Saman, Mana Sikana dan Jeniri Amir. Peranan penulis-penulis genre kritikan seperti Jasni Matlani, Daniel Jebon Janaun,    Asmiaty Amat,  Rahim Tapah, Ismaily Bongsu, Dr. Ramzah Dambul, Mohd Ariffin Ariff,  Ramli Jusoh,  Zaiton Ajamain, Rubiah Nordin, Datuk Ismail Abas dan Janatan Kandok wajar dihargai kerana dunia kritikan merupakan profesion yang menggabungkan ilmu, pengalaman dan komitmen yang amat tinggi. Mereka sentiasa tercabar oleh pendekatan dan teori yang terus berkembang seiring dengan mencurahnya kehadiran karya-karya kreatif para penulis.   

 

3.       MEMANDANG HARAPAN DI HADAPAN

Sudah tentu kita tidak mahu melihat harapan itu tiba dengan sendirinya kerana yang bulat    tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Cita-cita atau impian yang diinginkan harus dicari dan dikejar, dilaksanakan dengan penuh kewibawaan dan kebijaksanaan. Semua pihak harus berganding saranan, pandangan, buah fikiran, usaha dan tindakan bersama-sama. Peranan komuniti penulis, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta media-media masa perlu digemblengkan kerana dukungan komuniti tersebut amat penting sebagai tempat bersandarnya harapan-harapan besar meletakkan sastera dalam kedudukan yang bermaruah.   

  

3.1       Peranan penulis

Keunikan citra budaya Sabah menjanjikan perolehan serta bahan-bahan unik yang     boleh diuniversalkan sebagai hasil karya sastera yang unggul. Biasanya dunia akan mengungguli citra sesuatu bangsa menerusi khazanah asli dan semula jadi bangsa berkenaan. Dalam konteks ini Sabah memiliki ciri-ciri sedemikian. Para penulis, pengkaji dan peneliti sastera di Sabah seharusnya menggunakan apa juga hasil perolehan yang dimaksudkan. Kepelbagaian rumpun etnik direncamkan dengan bermacam-macam elemen budaya menawarkan ruang serta isu penulisan yang sangat luas dan unik.

Beberapa orang penulis di Sabah telah menghasilkan novel-novel berkaitan seperti Azmah Nordin, novelis wanita yang dikagumi di Malaysia menghasilkan novel Kukui dan  Dukanya Abadi serta beberapa novel lain, yang berkaitan budaya suku kaum tempatan di sabah berdasarkan pengalaman dan interaksinya dengan masyarakat kaum berkenaan. Para penulis lain wajar mencontohi kegigihan Azmah yang begitu komited menyelesaikan kewibawan     seorang penulis. Begitu juga sasterawan Datuk Ismail Abas, penerima S.E.A Write Award  berjaya menerawang hati budi masyarakat tempatan yang kaya dengan adat, budaya, kepercayaan serta pandangan hidup mereka yang kemudiannya diaplikasikan dalam novel-novel beliau seperti Ngayau dan Bagaton.

Usaha kedua-dua novelis yang disebutkan ini wajar diteruskan oleh penulis baru. Pendekatan mereka harus juga ditumpukan kepada isu-isu lokal selain hal-hal global dan semasa dalam negara. Novel-novel popular yang sedang memenuhi pasaran masa ini harus juga diimbangi dengan tema-tema sastera yang boleh diterima semua golongan masyarakat. Jika golongan remaja memilih karya-karya popular, bagaimana pula golongan dewasa yang  sederhana dan golongan elit? Wajarlah harapan ini disandarkan kepada para penulis meletakkan kewibawaannya dengan melahirkan karya-karya besar berlatarbelakangkan gaya pemikiran dan penulisan yang pelbagai. Ini boleh dianggap sebagai stail yang eksotik dan melahirkan identiti dan keistimewaan tersendiri.

Penulis disarankan menyediakan perancangan, strategi yang konkrit dan global untuk menghasilkan karya sastera yang terbaik dan tinggi nilai estetikanya. Penulis juga harus menggembleng seluruh potensi dan bakat yang ada untuk berbakti dan berbudi kepada masyarakat, bahkan menjadi khalifah yang baik di muka bumi ini. Untuk mencapai sesuatu yang baik dan cemerlang, para penulis seharusnya mempunyai mental dan fizikal yang cukup serta peralatan yang  boleh membantu untuk mencapai matlamat itu. Penulis perlu berubah, aktif dan bertindak balas dengan apa juga isu serta masalah yang berlaku di sekelilingnya. Penulis tidak boleh menyisihkan diri atau hanya bersandarkan para perasaannya semata-mata, sehingga mabuk dan tidak menulis sesuatu yang berfaedah untuk agama, bangsa dan Negara. Sebaliknya penulis hendaklah menggunakan kelebihannya untuk menegakkan keadilan serta kesejahteraan.    

Komuniti sastera tentulah tidak berasa bahawa dunia sastera berada pada tahap yang menyebabkan mereka selesa tanpa meletakkan harapan-harapan baru. Dunia sastera belum sampai di permukaan yang rata apabila semua yang menikmati dan melihatnya merasa         bahagia. Masih banyak kendala yang harus difikirkan, masih banyak usaha yang mesti dilakukan, masih banyak ruang dan niche yang perlu diteroka. Kita perlu memperkasa keberadaan sastera di tengah-tengah masyarakat yang semakin alpa terhadap nilai keindahan dalam kehidupan. Neraca pertimbangan mereka lebih menjurus kepada hiburan yang melampau serta kepentingan materialisme semata-mata. Para penulis mestilah meletakkan diri masing-masing sebagai penganalisis yang sensitif terhadap hal-hal begini. Mereka perlu memahami keinginan ramai dengan mengubah cara hidup dan sentiasa berada di dalam kehidupan komuniti berkenaan. Para penulis disarankan banyak mengemukakan buah fikiran mereka di peringkat  nasional menerusi media-media yang sedia ada. Mereka juga memperolehi sebanyak mungkin perolehan sebagai bahan perbincangan yakni bukan sekadar isu-isu besar yang mendominasi minda perdana tetapi isu-isu semasa yang intim dalam fikiran masyarakat  majoriti. [Klik di sini bagi siri ke-2]

 


Posted at Friday, April 13, 2007 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed