sinar

Wednesday, April 9
APA KHABAR PENULIS SABAH?

Salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang membaca pandangan ini. Terlebih dahulu maafkan saya kerana mungkin pandangan ini sedikit banyak menyentuh hati kecil anda terutama sekali bagi yang termakan lada, bukan sebab tidak suka tetapi lebih kepada kurang ingat atau terlepas pandang. Begitulah politiknya atau satu helah untuk menyembunyikan kelemahan. Kadang-kadang ada waktunya ketelusan memberikan impak yang amat berguna apabila sesuatu pesoalan berkaitan dihadapi dan mudah memberikan jawapan tanpa sebarang rasa prejudis atau salah anggap. Biasanya kesalah aggapan melahirkan semangat bermuka-muka atau memungkinkan berlaku tohmahan-tohmahan di belakang.

   
Apakah buku-buku yang berkualiti ini telah diterima masyarakat?

 

Begini sahaja. Sekarang saya berusaha melihat persoalan-persoalan sastera sekaligus mencakup aktiviti sastera yang kurang relevan pada masa ini dari jauh atau lebih enak didengar sebagai 'di luar sempadan'. Pertama sekali kepada para penulis. Memang diakui negeri Sabah mempunyai ratusan penulis sejak dahulu lagi, sejak zaman sebelum merdeka hinggalah zaman teknologi sekarang ini. Terlalu ramai tetapi kuantitinya sahaja, kualitinya tidaklah mudah untuk dibuat sukatan. Benar, kualiti itu subjektif. Penulis mungkin tidak selayaknya digelar 'penulis' dengan mudah. Ia perlu dilakukan bertahun-tahun dengan melihat komitmennya, penampilannya, kemampuan dan kewibawaanya. Ia perlu juga ada batas dan aras sehingga ada kewajaran seseorang itu digelar penulis. Penulis itu harus menghasilkan karya yang bermutu, besar dan hebat. Karyanya tidak boleh dikalahkan oleh peredaran masa. Tidak lapuk dengan kemunculan pelbagai media yang boleh melupakan sebuah pemikiran yang mampu mencorakkan sesuatu masyarakat bahkan negara.

   Namun ini tidak, hingga bila sebuah buku dibuat (merujuk kepada buku Biografi Penulis Sabah) dengan menghimpun seramai mungkin individu yang memang tidak menepati kehendak sepatutnya buku itu diterbitkan. Tanpa niat merendah-rendahkan seseorang kerana saya percaya justifikasi sesuatu projek itu memang ada, hanya mungkin apabila sesuatu perkara dilakukan tanpa perencanaan yang terperinci jadilah hasil yang seadanya dan diterima dengan seadanya juga. Apakah buku seperti itu membantu? Saya fikir tidak banyak, apatah lagi banyak fakta yang kurang tepat selain tidak lengkap. Di sisi lain ada juga penulis yang memang hebat tetapi penglibatannya dalam dunia penulisan itu berkala. Memang ramai penulis bukan kerjayanya sepenuh masa dengan penulis. Maka dia akan menulis dan menulis seberapa banyak karya baik cerpen ataupun puisi. Bila sampai masanya dia pun mahu karya-karyanya itu dikompil dan diterbitkan. Selepas diterbitkan, individu ini tidak lagi menulis. Tutup cerita.

 
Apresiasi kepada para pelatih PLKN: sebahagian usaha
pemartabatan sastera di kalangan genarasi muda.

 Tidak kisahlah apapun juga memang banyak kerenah penulis kita. Mungkin wajar juga ada penulis yang cepat kalah dengan percaturan kehendaknya dari segi material dan keperluan hidup. Dia akan melupakan dunia itu meskipun dia berbakat besar. Lebih baik saya membuka gerai, jual burger atau goreng pisang atau menjadi ejen insurans dan sebagainya bagi yang tidak ada pekerjaan tetap. Jangan salahkan penjawat kerajaan jika tidak kelihatan lagi karya-karyanya. Karya-karyanya jika ada sekali sekala kerana memang apabila sekali sekala ada itu atas permintaan. Wah, itu kelahiran semula! Setelah lama meninggalkan dunia kata-kata dan segala macam retorika dan segala macam rempah ratus kehidupan penulis, dia muncul lagi dan lagi dan lagi dilihat beliau sudah ada keberanian atau terungkap juga sebenarnya penulis ini tidak ada apa-apa yang baru. Cara pengolahannya juga masih sesuai untuk zaman 70-an atau 80-an. Jadi serba tidak kena.

   Namun begini tuan-tuan, masih ada juga penulis yang memang 'asli' semangatnya dengan menjadikan dunia penulisan itu sebagai kehidupannya. Saya boleh memberikan contoh yang terbaik, misalnya Dayang Salmah Salam. Ibu tua ini terus menulis (walaupun sudah tidak seligat dahulu lagi. Dia sudah tidak boleh berjalan jauh kerana masalah pandangan, katanya baru-baru ini. Begitu juga Pak Shuhaibun, pergerakannya amat terhad, bilang isterinya Datin Ripah melalui telefon dua hari yang lalun dengan saya) malah mampu mengikut trend semasa meskipun barangkali banyak ungkapan-ungkapannya yang klise. Hanya beberapa orang lama yang masih boleh kita lihat. Ada yang buat kejutan dengan kelahiran semula mereka. Bagus juga jika ramai penulis-penulis lama@veteran kita muncul semula. Apa yang penting tentulah kita inginkan buah fikiran mereka. Hadir dalam majlis-majlis serasehan atau bicara karya pun saya rasa memadai tetapi bukan sekadar hadir sahaja. Mereka perlu diberikan peranan atau memainkan peranan, misalnya diberi peluang untuk menjadi salah seorang panel dalam sesebuah forum misalnya. Kita jarang sekali apa lagi hari ini, tidak ada satu hari dalam beberapa bulan yang lepas kita mengikuti program-program sastera.

 
 Di manakahkah sudah penulis-penulis ini?

 Kenapa? Salah satu puncanya saya fikir ialah kurang perhatian daripada pihak penulis-penulis kita juga. Untuk mendapatkan sebuah kehadiran yang sepenuhnya ibarat menunggu kucing bertanduklah! Ada ketikanya mengharap pelajar sekolah. Dipaksa menghimpunkan mereka demi meramaikan program dan program berjalan lancar, kononnya. Masalah besar apabila sekolah mula bercuti atau kampus cuti semester. (Jangan buat program sastera masa cuti sekolah! Itu jadi ingatan,betulkan?) Saya bertanya siapa penulis-penulis itu sebenarnya? (sebuah pertanyaan klise, maafkan saya) Di manakan mereka? Dalam program-program yang lalu apakah penulis-penulis yang hadir itu memang penulis? Atau sekadar pemenuh kerusi-kerusi kosong? Sebenarnya tidak ramai penulis yang berwibawa sekarang ini. Tidak ada sokongan daripada pihak-pihak yang berwajib untuk membantu selayaknya agar lompang yang sekian lama berlaku ini tidak terus memungkinkan sastera terus dipinggirkan. Kurangnya penglibatan yang serius daripada pihak-pihak yang berwajib untuk menangani keperluan-keperluan yang selayaknya yang patut dilakukan agar sastera sentiasa wangi mengisi ujana kalbu generasi kita. (Siapa kata tiada! Itu jawap mereka, saya tahu.)

 
Penulis yang komited di Sabah:
Dr. Haji Chacho Bullah dan Jasni Matlani

   Terlalu banyak isu yang boleh dibicarakan secara sastera. Perlunya alternatif untuk membawa masyarakat kita berfikir. Sama ada isu-isu bahasa, kebudayaan bahkan politik dan ekonomi para penulis boleh menyatakan padanngan mereka. Namun melalui medium yangmana? Surat khabar tidak cukup. Jika hanya Utusan Borneo (promosi bah!) yang terhad itu saya fikir tidak memadai membawa pelbagai tema dan pemikiran ke pengetahuan masyarakat sasaran. Mungkin perbualan ini sedikit membosankan. Untuk apa pemikiran-pemikiran itu dipaparkan kerana memang hasilnya itu-itu juga, barangkali ada segelintir berpandang demikian. Kerana itu perjuangan perlu diteruskan. Saya optimis melaluai persatuan penulis seperti Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) atau IPS, kita boleh melakukan sesuatu dengan sokongan dan dukungan individu yang prihatin. Tiada siapa boleh membawa misi pemikiran global yang berterusan itu jika tidak ada yang memiliki jati diri yang bulat. Hanya barangkali individu yang masih ada itu hanya beberapa orang sahaja. Saya tidak mahu menyebutnya kerana nanti dikatakan mahu mengangkat kawan pula. Anak-anak muda sekarang sudah tidak begitu menggemari sastera. Jika adapun mereka hanya berminat berada di belakang. Kurang sekali mahu menampilkan diri dan menonjolkan kemampuan mereka memimpin, mengikuti aras semasa, memikirkan permasalahan sastera yang kabur waktu-waktu kebelakangan ini khususnya di Sabah. Kita perlu bersuara dan bercakap. Kata seorang sahabat yang memang lantang berkata-kata, tunggu masanya nanti, beliau berhasrat menyatakan sesuatu yang berbeku dalam jiwanya, bagaimana perubahan-perubahan dalam sistem pengurusan kesenian, kesusasteraan dan kebahasaan itu perlu dibuat. Tetapi pada saya mengapa mesti menunggu masa? Angin perubahan telah berlaku sekarang. Di mana-mana orang memperkatakan tentang perubahan. Persoalannya apakah hanya dengan perubahan barulah sastera kita marak semula? Barangkali ada pro dan kontranya. Pada saya yang perlu berubah ialah sistem. Sistem pengurusan, sistem pemikiran, sistem bekerja di samping kewibawaan yang perlu dimantapkan lagi.

   Saya berhenti di sini buat sementara. Mudah-mudahan ada anjakan baru untuk mengatakan sesuatu dengan hasrat murni sesuai dengan jiwa kita agar dunia penulisan, dunia sastera terus indah dan wangi.

PUSTAKA IQBAL NAZIM 

 


Posted at Wednesday, April 09, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed