sinar

Wednesday, April 2
AMIL JAYA

PUISI-PUISI AMIL JAYA:

MUTIARA DI LAUTAN DALAM

(Makalah ini akan dibentangkan dalam Forum Pemikiran Amil Jaya anjuran BAHASA/DBP Kuala Lumpur)

Oleh Hasyuda Abadi

http://hasyuda-abadi.blogdrive.com

 

AMIL JAYA

 

DALAM sejarah kesusasteraan di Negeri Sabah nama Amil Jaya hampir menenggelamkan nama sebenarnya sebagaimana karya-karya puisinya yang tersembunyi di sebalik keunggulan karya-karya kreatifnya yang lebih menonjol iaitu novel dan cerpen. Ia bagai mutiara di lautan dalam. Namun demikian beliau juga merupakan penyair penting yang berpandangan jauh serta bertenaga dalam menyemarakkan perpuisian tanah air walaupun himpunan genre puisi jumlahnya relatif kecil.

Amil Jaya sudah tidak perlu diperkenalkan kerana nama besar ini telah termaktub dalam sejarah kesusasteraan tanah air. Jika kita mengakses internet, kita boleh mendapatkan senarai karyanya di merata tempat misalnya menerusi enjin carian Google akan memaparkan dapatan pautan portal seperti Wikipida Bahasa Melayu, Celebrina.Com ataupun Australian National University (ANU) dan sebagainya. Beliau merupakan seorang sasterawan di antara ratusan penulis watan yang terkemuka yang banyak menyebarkan ilmu serta buah fikiran menerusi karya-karya kreatif dan bukan kreatif sejak sebelum merdeka lagi. Disebabkan minat dan bakat besarnya, apatah lagi secara kebetulan beliau pernah berkhidmat sebagai guru sebelum bergulat sepenuh waktunya dengan kegiatan bahasa dan sastera, nama Amil Jaya sentiasa menerangi ujana sastera Negeri di Bawah Bayu. Keterlibatan sepenuh masanya dengan dunia persuratan apabila menyertai Biro Kesusasteraan Borneo cawangan Sabah pada tahun 1974 dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1977 menjadikan Amil Jaya konsisten di cakerawala sastera dalam kehidupannya. Amil Jaya amat sinonim dengan pergerakan sastera di Sabah, walaupun hanya dengan 5 buah novel, lebih kurang 30 buah cerpen dan 16 kuntum puisi hasil kalamnya dalam suatu jangka masa yang panjang, namun begitu kuantiti bagi seorang sasterawan yang hebat bukan merupakan syarat untuk memberikan pandangan ataupun buah fikiran yang terpendam di dalam mindanya. Isu dan tema yang sering diungkapkan Amil Jaya amat pelbagai dan lebih penting lagi karya-karya beliau tidak mudah berkarat oleh peredaran masa.

Makalah ini berusaha membawa perbincangan terhadap pemikiran Amil Jaya menerusi karya-karya puisi beliau. Jika dibanding karya-karya berbentuk prosa, puisi-puisi Amil Jaya tidak dapat menandingi karya penyair-penyair yang lain di Sabah khususnya yang mutakhir. Namun begitu sekali lagi ditegaskan bahawa untuk menelusuri kehebatan sasterawan Amil Jaya kuantiti bukanlah aspek yang amat penting. Namun begitu apakah kualiti yang terdapat dalam pemikiran Amil Jaya memberikan impak yang besar seganding dengan karya-karya novelnya seperti 'Cerah' (1976), 'Ngayau' (1977) atau 'Bagaton' (1987)?

Makalah ini akan mendekati persoalan puisi yang harus dilihat secara positif kerana persoalan dalam sesebuah karya sastera menjadi nadi yang amat penting. Menurut Kemala, persoalan sangatlah luas untuk dibincangkan, seluas cakerawala, seluas kehidupan lahir dan batin. Persoalan boleh sahaja terungkap daripada soal-soal lahirian dalam kehidupan daripada persoalan peribadi, keluarga, politik, patriotisme dan sebagainya. Jika mahu disorot satu persatu persoalan dalam puisi-puisi Melayu kita akan berjumpa dengan tema-tema yang disebutkan, bezanya barangkali hanyalah pendekatan masing-masing penyair ketika mengungkapkannya menjadi sebuah karya sastera yang besar.

Meneliti puisi-puisi Amil Jaya, kita sebenarnya dapat merasakan ketebalan unsur-unsur moral yang bersembunyi di sebalik umbut diksi yang dipilih. Meskipun puisi-puisinya memperincikan gambaran tentang masyarakatnya dengan jelas, matang dan terperinci tetapi kita boleh rasakan unsur-unsur moral seakan menjadi premis penting bagi setiap karyanya. Dan yang paling nyata lagi ialah keakraban Amil Jaya dengan tema-tema nasionalisme dan cintakan tanah air.             

Amil Jaya amat juga peka dengan persoalan alam sekeliling yang lebih luas. Penyair ini didedahkan peristiwa-peristiwa masa lalu dan semasa kemudian dihubungkannya dengan dalaman dirinya sendiri. Dari situ terpancarlah beberapa pandangan hidupnya mengenai alam yang dibincangkan. Tanpa disedari secara langsung atau tidak, karya-karyanya menyelitkan unsur-unsur moral yang menarik. Ternyata Amil Jaya tidak sahaja melihat sesuatu itu dengan pandangan yang kosong tetapi dicerna dan kemudian dihiaskannya dengan falsafah serta nasihat yang wajar.

Dalam menyemarakkan unsur-unsur nasionalisme dan cintakan tanah air, Amil Jaya seperti rakan-rakan penyair sezaman dengannya mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam sebuah kebebasan daripada sebarang penindasan dan penjajahan. Era penjajahan sentiasa menggugat kewibawaan seorang warga. Penyair menyampaikan hasrat rakyat untuk memerdekakan tanah air, bangsa dan agamanya sebagaimana dalam puisi 'Kita Harus Iri Hati'. Beliau menyeru para pemuda dan pemudi supaya bangun dan memandang jauh ke hadapan. Mereka harus mencontohi negara-negara yang telah bebas daripada cengkaman penjajah. Amil Jaya menulis puisi ini pada bulan Julai 1960. Antara lain Amil Jaya menekankan,

 

                                    Seandainya kita harus iri hati

                                    untuk menebus ibu pertiwi

                                    lihat dan tinjau mereka bebas menguasai

                                    tanah air, bangsa dan agama sendiri.

 

                                    Namun kita dalam belengguan

                                    kendati kita orang tawanan

                                    walau dalam penjajahan

                                    tapi semangat perjuangan kita

                                    mesti bertahan

                                    dengan demikian beroleh kejayaan.

                                    (Kita Harus Iri Hati dalam 'Nyanyi Dari Desa', hal.6)

 

Amil Jaya memikirkan masa depan bangsanya kerana itu penyair ini memperagakan bahawa hanya peredaran zaman sahaja yang akan menentukan kemenangan di pihaknya. Ini dicetuskannya dalam 'Sabah Nan Indah' yang dihasilkannya pada masa yang sama dengan puisi 'Kita Harus Iri Hati' iaitu tiga tahun sebelum kemerdekaan Sabah menerusi penubuhan Malaysia.

Unsur-unsur nasionalisme dan cintakan tanah air agak konsisten dalam jiwa Amil Jaya. Walaupun tanah airnya telah mengecap kemerdekaan namun begitu persoalan-persoalan yang masih mempunyai hubungan dengan kebebasan masih perlu diperkatakan dari sudut yang lain. Menerusi puisi-puisinya, Amil Jaya persembahkan tema-tema yang dominan itu melalui 'Laut Sulu', 'Sedu' Sedan Ibu', 'Terima Kasih Pamanku' dan 'Kinabalu'. Diutarakan sedutan puisi-puisi tersebut:-

 

                                    Laut Sulu

                                    gelombang terus melambung

                                    untuk kami terus menyambung

                                    tangis raung

                                    akan kami akhiri

                                    dengan senyum riang

                                    anak-anak pribumi

                                    bernasib malang

                                    (Laut Sulu dalam 'Berhati Hati Nabi Berwajah Ibu', hal.37)

 

                                    Sedu ayah sedu ibu

                                    pada anak-anak berbaju putih

                                    atas sumbangnya sebuah lagu

                                    senandung bangsa seniri

 

                                    Dalam tangis ini

                                    sedunya tidak bererti lagi

                                    kini:

                                    ia bisa topang dagu cuma

                                    lihat milik lihat hak

                                    tukar rupa!

                                    (Sedu Ayah Sedan Ibu dalam 'Berhati Nabi Berwajah Ibu', hal.41)

 

                                    Terima kasih pamanku

                                    kau rintiskan kami

                                    jalan revolusi

                                    dengannya kami tembusi

                                    kemerdekaan peribumi

                                    Dengan kematianmu

                                    membuat kami tidak mati pamanku

                                    namamu terpahat

                                    dalam ruang hati

                                    anak warisanmu.

                                    (Terima Kasih Pamanku, Berhati Nabi Berwajah Ibu, hal.43)

 

                                    Kinabalu

                                    engkau adalah payung bangsa

                                    engkau teras negara

                                    api dari rentetan zaman

                                    kau abadi di jiwa rakyat

                                    mengembalikan martabat

                                    bangsa yang berdaulat.

                                    (Kinabalu dalam 'Wadah', Mac hal.9)

 

Melalui kepekaan yang tajam dan berlanjutan, seorang penyair boleh menterjemah kehalusan moral secara positif. Dalam 'Orang Kota, Orang Desa', Amil Jaya menggambarkan nada melankolis terhadap manusia yang menyalahgunakan kuasa di tengah arus pembangunan yang berlangsung. Hakikat seumpama ini memang lumrah tanpa mengira tempat. Lazimnya gambaran sedemikian sering tercampak daripada sikap lupa diri dan kurangnya sifat-sifat integriti dan amanah di kalangan mereka yang mempunyai sedikit kuasa. Mereka malah gemar memanupilasi kata-kata manis sewaktu memerlukan demi mencapai cita-cita atau kepentingan peribadi semata-mata. Dan ini kerap kita lihat waima pada hari ini sekali pun.

Protes sosial begini menampilkan pesanan atau amanat kepada insan yang hipokrit atau mementingkan diri bahawa sikap tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan, kepercayaan yang dibahukan kepadanya untuk mewakili rakyat di peringkat tertinggi dalam negara atau negeri hendaklah dijalankan dengan betul, adil, jujur, saksama dan sesama sejajar dengan nilai-nilai murni sesuatu bangsa yang bertamadun dan merdeka.

Persoalan kejujujuran dan kesederhanaan dalam kehidupan, penyair rakamkan menerusi puisi 'Berhati Nabi Berwajah Ibu'. Puisi ini khas ditujukan penyair Amil Jaya kepada puteranya sebagai cermin manifestasi terhadap kebobrokan sifat manusia yang telah ditenggelami gelombang kehidupan yang bongkak dan hipokrit. Moral yang ingin dipancarkannya ialah agar kehidupan manusia puteranya nanti dalam lingkungan kesederhanaan, jujur, rendah diri dan mengasihi sesama insan. Amil Jaya berpesan:

 

                        Takdirnya

                                    kau menjadi manusia perkasa

                                    jangan bongkak

                                    keperkasaanmu tidak abadi

                                    cuma buat sementara 

 

                                    Andai kau jadi manusia kerdil

                                    hiduplah dengan kekerdilanmu

                                    atas falsafah:

                                    berhati nabi berwajah ibu.

                                    (Berhati Nabi Berwajah Ibu

dalam Berhati Nabi Berwajah Ibu, hal.40)

 

Dalam puisi 'Biarlah' yang ditulisnya pada bulan Julai 1960 (tersiar dalam akhbar Sabah Times 19 Mac 1989) penyair membuat kesimpulan bahawa semangat yang memekar perlu dibajai terlebih demi mencapai cita-cita. Dengan 'haruman' keberanian yang bercambah kemudian akan mendorong pertautan cita-cita yang mantap walaupun aliran darah dan peluh akan berakhir. Sebaliknya, penyair ini juga berpesan supaya manusia tidak mudah berpuas hati dalam apa juga perjuangan, seperti katanya:

 

                        Ingat! Jangan sekali berjaya

                        sudah menguntum

                        senyum.

                        (Biarlah dalam 'Sabah Times' bertarikh 19 Mac 1989)

 

Pengalaman merupakan sumber utama bahan karya. Ia merupakan ilmu alami dan abadi. Ilham bukannya seperti air hujan yang gugur dari langit. Ia mesti dikejar dan dibina sendiri. Melalui pengalaman segala peristiwa yang ditemui akan menjadi bahan utama yang hidup, bersih dan asli. Hakikat ini tidak akan dinafikan oleh sesiapa, sama ada penyair terkemuka atau penyair mutakhir, kerana jika anda memulakan penulisan dengan pembinaan ayat yang indah tetapi tidak lebih daripada intipati yang kosong apalah ertinya.

Menghubungkan pengalaman dengan insan Amil Jaya, kita tidak perlu terpegun lebih lama. Amil Jaya adalah satu-satunya idola yang sering mengutarakan bahan-bahan karya berteraskan asas-asas ilmu yang asli. Ini terbukti apabila kita menganalisis karya-karya Amil Jaya yang ternyata bukan bersumberkan bahan yang remeh-temeh. Beliau tidak sekadar melihat bahkan merasa dan menghayati setiap fenomena alam sedalam-dalamnya. Ia mengkaji sehabis utuh agar setiap amanah yang mahu dipancarkan itu merupakan perolehan yang luas dengan maksud pandangan yang menyeluruh.

Kita menemui kebenaran ini menerusi puisi-puisi lain karya Amil Jaya iaitu 'Sea Gull', 'Lumba-lumba' dan 'Ikan Birang-birang'. Lambang-lambang haiwan yang diangkat Amil Jaya memberikan gambaran tentang kebebasan. Meskipun hakikat kehidupan itu masih bergantung kepada peredaran masa dan musim, mereka tetap menggunakan kelebihan yang mereka miliki untuk mengharung kehidupan dengan tabah.

 

                        Sea Gull

                        betapapun derita nasibmu

                        menjunam untung-untungan

                        namun

                        dalam pandangankn

                        hidup kalian

                        lebih bebas

                        dan riang.

 

Walaupun kita harus meletakkan tanggapan di manakah aras Amil Jaya sebagai penyair di tengah-tengah ribuan puisi hasil tulisan generasi baru mutakhir, saya beranggapan bahawa Amil Jaya memang mempunyai pemikiran yang besar sesuai dalam zamannya. Saya juga berpendapat setiap zaman perlu lahir seorang yang tidak akan ada lagi selepasnya dengan ciri-ciri kepenyairan yang asli baik dari segi sikap, fikiran, dan keindahan karya-karyanya. Selepasnya nanti ialah generasi yang akan menjadikannya idola berdasarkan pengalaman besar beliau dalam dunia sastera dan budaya tanah air sehingga akhirnya Amil Jaya menerima anugerah berprestij di Asia Tenggara menerusi SEA Write Award yang diterimanya di Bangkok Thailand pada tahun 1992. Amil Jaya menjadi kebanggaan kita kerana beliau telah membuktikan kewibawaan dan keupayaannya menjadikan sastera sebagai wahana pemikiran bangsa.

Masa lalu adalah kelmarin yang hidup pada hari ini. Perjalanan hidup yang panjang sebagaimana sering diceritakannya tentulah amat wajar sesuatu itu dinikmatinya. Malah yang lebih bermakna bagi kehidupannya ialah segala khazanah karyanya baik puisi, cerpen mahupun novel menjadi bacaan umum terutama sekali generasi muda yang perlu berkongsi peristiwa masa lalu. Amil Jaya telah berupaya mempesonakan kehidupan bangsanya dengan kata-kata biasa yang hidup. Apa yang penting dalam analisis kehidupan ini ialah amanat dan pemikiran yang jujur. K.Bali pernah berkata, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam kepala Amil Jaya. Setidak-tidaknya sebagai generasi baru, khazanah sastera Amil Jaya khususnya puisi tetap berhasil memancarkan sikap beliau terhadap kehidupan yang mencabar. Kita harus menghargai kehadirannya di persada kesusasteraan tanah air.

 

 

PUSTAKA IQBAL NAZIM

KOTA KINABALU

iqbalnazim@yahoo.com


Bibliografi

 

 

Amil Jaya, A.Ghani Abdullah dan Zaiton Ajamain. (1979). Antologi Puisi Berhati Nabi Berwajah Ibu. Kota Kinabalu.

 

Norjanah Yusof dan Melan Bujang.. (2007). Biografi Penulis Sabah. Edisi Pelajar. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

 

Zaiton Ajamain (Penyelenggara). (1990). Kumpulan Puisi Nyanyi Dari Desa. Kota Kinabalu: Kumpulan anak Seni/Badan Bahasa Sabah (BAHASA).

 

 


Posted at Wednesday, April 02, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)

HA
April 7, 2008   03:19 PM PDT
 
Barangkali saya kesasar dengan maksud Madhiah tentang idealisme pemimpin tersohor kita. Manusia itu bebas untuk menanggap sesuatu. Memang ada kalanya kesasar seperti saya. Saya setuju ilmulah yg Tun Mahathir mahukan rakyatnya temui.Tanpa ilmu dunia ini akan dikatakan 'palsu'.Apakah yang terlalu berilmu itu tergolong dalam manusia yang berilmu lalu mengatakan 'sesat' sedang mereka juga patut hidup dalam lingkungan 'kesesatan' itu.Tentu saja sudah tidak ada lagi kereta lembu masa ini kan, sebagai contoh?Penjajahan itu sifatnya subjektif - kadang tidak disedari, dan yang inilah yang perlu dielakkan. ia terjadi dengan sendirinya ikut peredaran waktu dan semasa.Yang wajar disingkir bukanlah kerajaan tetapi sistem, cara dan tata sesuatu sistem yang dilangsungkan yang memang ada unsur2 penjajahan yang dijadikan tradisi kepimpinan.Saya ingat siapapun yang memimpin negara kita, sama sahaja. Kita hidup dipimpin manusia bukan makluk lain.Yang penting apakah idealismenya itu memberi kesan yang berterusan dalam kehidupan.
HA
April 7, 2008   10:46 AM PDT
 
Saya percaya ramai yang mempunyai pandangan positif seperti anda. Saya lebih suka mengambil arah positif terhadap Tun Mahathir negarawan yang patut dihormati. Begitupun Tun manusia biasa seperti orang lain juga. Ada lebihan ada juga kekurangannya. Pada saya begitu. Terjemahan politik dalam senario kehidupan sebenar memang berbeza dengan apa yang kita mahu percayai. Barangkali rakyat semakin bingung atau mungkin menjadi lebih dewasa lantaran sudah ada unsur sikap terbuka di kalangan masyarakat kita. Namun politik sentiasa akan mencipta apa sahaja di luar kotak fikiran insan yang normal. Percaturan begini tentu ada pro dan kontra. Baik dan buruknys terserah kepada tanggapan orang yang bestari. Bila kita berjaya memilih secara positif, kita akan melihat kebenaran sahaja. Sentiasa ada ironinya, orang 'jahat' akan masuk syurga berbanding orang yang 'suci' hanya kerana nawaitu seseorang itu. Apakah kerana ingin membela diri atau lari daripada masalah atau ada sesuatu yang ingin dicapainya, sebenarnya pilihan ada dalam fikiran masing-masing.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed