sinar

Sunday, February 10
Sastera, Sebatang Lilin

1.

Saya sebenarnya sudah lama tidak bertemu dalam erti kata pertemuan yang sebenarnya terutama sekali dengan sahabat-sahabat karib. Benar rupanya: ada satu hari yang jarang diharapkan bakal menemukan kami sesiapa juga termasuklah kami, kecuali Abd Naddin. Mula-mula JY menghantar SMS sebagaimana yang saya minta selepas dia menghadiri majlis di DBP. Saya memang memenuhi 'sikap tidak' kepada apa juga program sastera anjuran DBP Sabah sekadar 'mendengar' daripada mulut sahabat-sahabat ini: Oneh dan puteranya Saiful dan juga JY yang amat setia kepada abang dan sahabatnya ini. Tidak lama tiba-tiba muncul tanpa disedari Pengerusi Ekeskutif INPES kami, Janatan Kandok...Kami biasa sangat dengan Janatan yang amat gemar melakukan penilaian terhadap apa sahaja subjek berdasarkan pendekatan pengurusannya. Saya masih ingat ketika menganjurkan program ‘Baca Cerpen dan Bicara Karya’ bersama Haji Ismaily Bongsu, Janatan adalah orang penting kerana bertingak sebagai pemerkata cerpen yang telah kami baca kepada khalayak. Anda tentu ingat dengan cerpen ‘Ngeooooooong’ Haji Ismaily, bukan? 

2.

Kami pun bersantai. Menyatakan pandangan masing-masing tentang sastera, politik dan pembangunan. Pembangunan sastera dan penulis hinggalah kepada isu-isu koridor pembangunan Negeri Sabah yang sedang hangat diperkatakan di sana-sini.  Kami berusaha menghujahkan bahawa sastera harus dimesrakan para pemimpin dan organisasi seperti DBP harus memandangnya dari skop yang lebih lebar dan jauh agar fokus sastera tidak hanya tertumpu kepada soal-soal program yang remeh temeh. Namun pada Janatan pemimpin harus didekati, mesrakan mereka melalui program-program sastera yang relevan. (Ada sesuatu sedang tercerna dalam fikiran ketika itu tapi saya simpan tanpa meluahkannya.) Kami juga memperkatakan Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBSS) yang sewajarnya dihidupkan di bawah pimpinan baru yang lebih bertenaga. Malangnya MBSS sudah lama berkubur tanpa tanda. Kita tidak jelas sama ada majlis ini masih wujud atau tidak. MBSS sebenarnya amat relevan sekiranya kita mahu sastera dibangunkan secara eksklusif di Sabah dan Borneo terutamanya. Jika sejarah penubuhannya mahu dijadikan asas seperti pernah diceritakan oleh Nadin Haji Salleh suatu ketika kami berbincang mengenainya, saya fikir MBSS akan berdiri teguh melaksanakan misi dan visinya yang sebenar. MBSS terserlah sebagai pembentuk serta pencetus dasar sastera yang lebih dinamik. Kita tidak bakal teraba-raba dalam pencarian jati diri sebagai sasterawan dan juga pendukung kepelbagaian citra bangsa yang dicelarukan oleh keanekaan sikap, pandangan, cita-cita, harapan dan impian. Sasterawan kita di Sabah kini tercari-cari siapakah mereka di tengah arus pembangunan perdana yang terus mengharungi bumi Sabah yang boleh diumpamakan sebagai raksasa sehingga mereka terus dikaburi 'ketakutan' tersendiri. Dulu sasterawan berharap MBSS boleh dijadikan bumbung tempat bernaung bersama-sama DBP. 'Kehilangan' MBSS menyebabkan kita tidak mengalami sebarang program sastera yang besar yang mencabar minda kita. MBSS meninggalkan banyak jasa kepada perkembangan sastera dan budaya di Sabah dan pesisir BIMP-EAGA. Sebelum ini juga setiap tahun penggiat sastera akan menyertai dua program sastera yang amat dikenali iaitu Nadwah Sastera Islam dan Randau Puisi, saya fikir program ini memberi impak yang bermakna terutama sekali bagi karya-karya berunsur Islam yang banyak dipelopori penulis puisi di Sabah. Sejak ditiadakan, para penulis tidak berkesempatan mendekati intipati atau pemikiran para sasterawan besar kita dengan mengangkat karya-karya yang terdapat dalam pelbagai bentuk penerbitan di Sabah.  

3.

Saya secara peribadi berfikir, bukanlah menjadi masalah besar DBP menangani program sastera yang lebih tersusun dan pelbagai serta tidak bertindih sebagaimana usaha yang sedang dilakukan. Malah para penulis dan orang ramai tentu akan menggunakan setiap peluang untuk menyertai program yang diatur. Saya percaya ini kerana menjadi kelaziman warga penulis yang gagal memilih keperluan sebagai seorang penulis berwibawa, akan menyertai apa sahaja program yang dianjurkan, tidak kira di mana, tidak kira tahap penyertaannya bagaimana, tidak kira relevansi kemampuannya; yang penting mengisi peluang. Menjadi kebiasaan juga kita akan diletakkan sebagai pelengkap korum atau pemenuh kekosongan apabila program yang tidak dirancang dengan baik kurang mendapat sambutan. Sebab itu komitmen penganjur perlu tinggi, merancang lebih teliti bukan main tangkap muat semata-mata atau seperti sering saya ungkapkan 'asal jadi'. Kita sama-sama berharap ini tidak diulangi sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Tahun lalu Minggu Penulis Remaja 2007 anjuran DBP Cawangan Sabah saya anggap berjaya, itupun dibantu dengan kebijaksanaan pembimbing bengkel. Namun begitu saya tidak pasti apakah karya anak-anak didiknya ketika itu sudah diterbitkan sebagaimana yang dijanjikan. Bakat penulisan para remaja berkenaan memang kelihatan terserlah sewajarnya juga mereka menjadi peserta yang patut diasah secara berterusan.  

4.

Hari ini saya membaca sebuah puisi Bonda Hajah Dayang Salmah Salam di akhbar Harian Ekspress, tentang 'lilin'. Semua orang faham metafora cahaya lilin bila dikaitkan dengan peranan ataupun jasa besar seorang penulis. Apa yang berlingkar dalam fikiran Bonda Dg Salmah memang tidak boleh diabaikan begitu sahaja, memang bukan mudah mengukur jasa para sasterawan berdasarkan kayu ukur biasa. Ada orang yang tidak begitu kisah tentang peranan yang pernah diabadikannya, namun ada juga yang memerlukan perhatian bersungguh-sungguh daripada pihak lain. Ada orang yang sering bertanya sama ada kita pernah dianugerahi sebarang bintang kebesaran Negeri atas asas 'kegemilangannya' sebagai 'orang yang berjasa'. Memang melucukan juga tetapi saya pernah berkata kepada Cikgu Ramli AR suatu ketika dahulu, bahawa penulis setiap hari memiliki 'bintang'nya sendiri berbanding 'orang-orang yang berjasa' yang dianugerahi bintang setiap bulan September. Yang sebetulnya pada saya ialah nawaitu kita sebagai apa pun, mungkin kita pernah berjasa, tetapi kita tidak pernah berfikir harga jasa itu ialah medal atau gelaran-gelaran tertentu. Kita pernah meletakkan kedudukan kita sebagai sasterawan di tempat yang betul, menetapkan hak kita yang sebenar, dan kita tidak mengerjakan tanggungjawab sebagai sasterawa disebabkan 'bintang'. Memang betul barangkali kita ini bagai sebatang lilin yang menerangi alam sekeliling, hakikatnya lilin itu pun sementara sifatnya yang akan terkulai padam bila sampai masanya. Maka, yang tinggal hanyalah 'aroma' lilin itu sahaja, sama ada dikenang 'terang cahaya' yang pernah ada dulu, kita tinggalkan kepada orang lain yang bijak melakukan penilaian mereka.

10 Februari 2008


Posted at Sunday, February 10, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)

HA
April 30, 2008   10:42 AM PDT
 
Seperti juga saya katakan, kesederhanaan@kecil-kecilan lebih besar impaknya berbanding yang mega tapi lebih kepada kemegahan semata-mata. Intipatinya sementara melainkan sebuah sejarah yang dicipta. Hanya sejarah gah dalam liputan media...
Armiza Nila
April 16, 2008   05:29 PM PDT
 
Salam HA,

Beruntung sikit kami di Kuching kerana masih ada API [Angkatan Pengkarya Indie] sebuah pergerakan underground di Kuching yang masih aktif menjalankan Acara Puisi Seniman Jalanan mulai Mac 2008 dan insyaAllah menyusul pada setiap bulan di ruang terbuka Kuching Waterfront. Kami tidak pernah mengharapkan apa-apa imbuhan dan terserah kepada nawaitu yang HA katakan itu.

Utk mengharapkan DBPCS menganjurkan aktiviti seperti itu - lama juga saya sudah tidak terlibat. Tup2 keluar paper Jerayawara di seluruh Sarawak. Apa ke mende nya?
HA
February 25, 2008   07:43 PM PST
 
Orang sastera 'halus perasaannya'? Tidak semua begitu dan tidak juga semua yang memang 'halus perasaannya'. Tengok juga keadaannya bagaimana. Mungkin masing2 orang ada pertimbangan sendiri tentang 'halus' atau 'tidak halus' orang sastera. Sebagai orang sastera saya tidak begitu bersetuju mengatakan orang sastera itu harus berperasa 'halus'. Namanya juga manusia biasa. Cuma ada keanehan yang berbeza dengan yang lain. Barangkali kita perlu mengenali 'dunia' individu seperti Rem bahkan yang lain juga sebelum memutuskan sebarang penilaian. : ) Orak Arik - tunggu saja bila sudah menjadi bentuk buku.
HA
February 23, 2008   08:59 PM PST
 
Tiada pengganti Rem, dialah tu 'Rem' seorang buat kita semua.
kony
February 18, 2008   07:22 PM PST
 

sdrku, bila jarang-jarang bersua.ada emosi
belum usai. tapi 'kita' sentiasa dekat selalu.Saya meRINDUkan riuh 'kita' . RR sendiri, sudah bermimpi-mimpi bilang JY.
HA
February 16, 2008   04:58 PM PST
 
Ok bah, buatlah macam rumah sendiri. Pintu rumah ni sentiasa terbuka.
HA
February 16, 2008   02:21 PM PST
 
Terima kasih rem. Orak Arik memang masih dalam kerangka program yang menyeluruh bagi IPS dan Kemsas tentunya. Mudah-mudahan perancangan kita akan berjalan dengan baik. InsyaAllah.
Rem
February 14, 2008   11:55 PM PST
 
Saya suka entri ini. Ada nada-nada melankolia dan provokasi.

HA, saya masih teringat-ingat hutang Orak Arik yang belum dilunaskan. Insya-Allah, ia PASTI akan dilaksanakan juga. Ia adalah prioriti saya untuk tahun 2008. Tahun 2007 tidak disangka-sangka, menjadi tahun yang sangat sibuk di jabatan. Pelbagai perkara 'luar jangka' yang tiba-tiba berlaku (tidak perlu disebut di sini). Mudah-mudahan, pada tahun ini -- ada kesudahan yang lebih positif.

Saya akan balik ke Sabah pada bulan Mei. Saya akan berganding semula dengan KOny untuk menyusun dan meneruskan kerja-kerja yang terdahulu.

Salam.
Nazmi Yaakub
February 11, 2008   12:25 AM PST
 
saya kini di kawat.blogspot.com
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed