sinar

Thursday, September 21
JAMBATAN TERBENTANG TIRUS

oleh Hasyuda Abadi, IPS

hasyuda-abadi.blogdrive..com

 

KETIKA saya berniat menulis sebuah sajak dengan tajuk yang sama, sebenarnya waktu itu merupakan malam yang entah berapa kali saya tercabar. Berulang alik dari tempat kerja tanpa kenal erti sesal, masih di situ juga tumpuan fikiran. Kehidupan ini amat putih rupanya kecuali selepas mendapati pilihan-pilihan kita berada di luar keupayaan, sudah kelihatan warnanya yang lain. Tidak semestinya putih atau hitam atau hijau atau merah atau kelabu dan sebagainya. Saya harus memahami kehendak sahabat baik saya waktu itu. Dia mempunyai hati yang luar biasa. Ada baiknya mungkin, hati ini boleh dibahagi-bahagi seperti kek hari jadi. Ah, semua orang akan mentertawakan saya. Siapalah saya ini, jika tidak kerana sajak-sajak yang sudah tersebar meluas di media dan buku, hanya dikenali sebagai seorang pekerja bawahan, penghuni sebuah rumah sewa yang ala kadar, memiliki sebuah kenderaan terpakai, mempunyai cahaya mata dan isteri seorang. Dan sebagainya, sila baca biodata saya dalam sebuah buku biografi atau layari saja blog saya.

Dalam banyak hal mengenai diri sendiri, saya tidak banyak berubah. Contohnya saya lebih gemar mendiamkan peribadi, sahabat saya yang seorang itu tahu. Meskipun saya selalu didekati sesuatu yang semua orang tidak mungkin memahami tetapi tidak mustahil pernah mengalaminya. Sesekali entah hantu apa yang menggoda fikiran saya memandang pasang surut air laut. Ketika duduk santai di sebuah anjung di ibu kota. Saya melihat manusia yang mempermudah sesuatu. Lebih-lebih lagi manusia yang tidak pernah tegap sifat dan sikap. Mungkin saja saya selalu silap memberikan penilaian. Apa lagi sebuah tanggapan yang secara rambang. Ya, memang saya tersilap memilih kebenaran. Saya memahami kesilapan untuk sebuah penjelasan bahawa memang manusia ego itu sentiasa benar dan menang. Mereka akan menakluk apa saja dan siapa saja. Keegoan manusia itu semakin berkuasa dalam kehidupan apabila ia merasakan bahawa di dalam dunia ini terlalu abadi untuk menenggelamkan kebodohan. Dan mangsanya tentulah mereka yang lemah dan mudah dibodoh-bodohkan.

Saya menjadi begitu serius saat ini. Meneruskan gerak-gerak jari-jemari secara otomatis memadankan huruf-huruf untuk sebuah makna daripada kata-kata yang dialirkan fikiran. Katakanlah saya masih ingin memanjangkan cerita saya tentang sebuah sajak yang berjudul seperti di atas. Sewaktu ramai yang bertanya saya kelihatan masih muda walaupun sudah begitu berusia. Gampang tuan, kata saya, kepada seorang ahli korporat berasal dari Singapura sewaktu bertemu di Tanjung Piai, Johor.

Tulis saja seperti saya tentang apa juga misalnya sajak-sajak romantis. Bukankah dengan menulis itu juga suatu terapi. Ini dibenarkan oleh seorang sarjana pergigian. Fikiran yang kusut selalu mengundang pelbagai jenama penyakit. Hati yang gulana boleh jadikan kita diserang angin ahmar ketika darah mencecah paras kronik. Nah, ini terapinya. Kata doktor itu yang selalu mengadakan persembahan puisi artistik di falkutinya suatu ketika dulu. Tulislah sesuatu yang menggembirakan kita. Mengapa berpayah melayan segala kegusaran.  

Terus terang saja ketika berhadapan dengan seseorang yang mengharukan, lahir benih rasa yang seharusnya rahsia. Tidak mengapa sekadar ingin menyatakan rasa kepada seseorang. Tulisan inipun perlu difahami betul-betul justeru hanya akan dibaca oleh orang yang berminat memahaminya. Sewaktu ada yang meluat menelaah tulisan atas nama pena seperti di atas, saya fikir masih ramai juga yang mahu memahami manusia. Inipun terapi.

Saya amat menyenangi seseorang daripada pelbagai orang yang senang bila disenangi. Samalah jika anda memahami begini, saya menyayangi seorang wanita yang kerananya saya mengerti makna cinta yang sebenarnya. Cinta yang luhur yang kaya dengan riwayat kejujuran, kebenaran, ketelusan, keindahan, keindahan dan keindahan. Saya selalu ingin menyatakan sesuatu, ingin menyatakan rasa kasih yang sejati. Namun apakah saya ini benar rasional sambil tidak mengharapkan bahawa ada kebenaran orang yang selalu berkata, seseorang yang sedang mabuk memang begitu. Padahal mabuk selalu juga membawa kebenarannya yang sendiri. Mabuk yang berdiri sendiri. Bukan kerana anggur atau anggunnya seorang yang amat dikagumi. Sepanjang umur saya, subhanallah. Saya dilamun asmaraloka bukan asmara yang luka. Saya ingin memamahinya tanpa mendengar apa-apa lagi tentang citra yang serupa.

Di hadapan saya, pada waktu ini malam pekat, bulan yang sedang mengambang penuh. Saya menjadi putera bulan untuk bulan itu. Tolong jangan tertawakan saya. Ini betul. Saya ulangi, sayalah putera bulan yang menjelma waktu bulan penuh. Sayalah putera bulan yang tak pernah mati di mata semua perempuan yang ingin menyintai saya yang diwarisi nenek moyang saya yang berasal dari bulan yang sekarang sedang mengembang. Genap 15 haribulan, saya benar-benar di hadapan cahayanya. Fantastik. Begitu ajaib. Suhbanallah. Ketika hampir mencapainya, saya mulai sedar malam yang merangkak itu tak kekal. Sifatnya terlalu sementara, bulanpun hanya benda mati yang menumpang belas matahari menempiaskan cahayanya untuk mata yang menumpukan padangannya waktu malam pekat.

Saya mungkin bermimpi. Tapi ada kebenarannya sewaktu memandang bulan yang sama. Di mana juga tempat berdiri dan di atasnya langit. Bulan mengambang penuh. Hanya barangkali saat bulan diselubung awan hitam menjadikan cahayanya berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain walaupun di bumi yang sama. Ada cerita yang sedang bersenandung. Cerita yang diringi alunan muzik kehidupan. Saat mengenangkan peristiwa. Masalalu itu memang manis dan menjadi santapan kenangan.  Peristiwa menjadikan kita dewasa, matang diuji zaman. Makna cinta yang berdahan, berdaun dan rimbun, mekar di sepanjang alur kehidupan. Kadang-kadang menjadi lautan yang mengangkatnya sebagai nahkoda, arif arah angin dan tabah digeruni gelora. Masalalu menjadi persinggahan menelaah diri bermuhasabah mencermin batin.

Inikah yang saya fikirkan? Tolong jangan salahkan saya jika anda tidak memahami cerita saya kali ini. Tidak mengapa. Bacalah berkali-kali.  Misalnya tiba-tiba fikiran menatang tentang peperangan. Di mana saya saat ini? Helo! Helo! Helo! Benar saya sedang bercerita tentang kasih sayang yang telah musnah akibat peperangan. Sebuah sajak telah berakar dibaja peristiwa-peristiwa menyayat rasa.

Maksud saya peperangan yang boleh mengorbankan berjuta nyawa sesaat. Ini tidak berlaku di dalam sebuah negara yang kehilangan wangi damai. Tetapi peperangan itu tentulah dalam bentuk yang lain. Peperangan di sini sudah tentu tidak menggunakan senjata moden lengkap dengan tenaga nuklear, kereta-kereta kebal, jet-jet pejuang atau penangkis peluru berpandu. Semua ini pernah ditayangkan di kaca TV misalnya semasa perang teluk. Ketika Amerika menyerang Iraq kerana enggan mengikut arahan PBB. Begitu juga perang di Teluk Balkan. Sungguh dasyat. Begitu banyak wang digunakan untuk memusnahkan nyawa manusia dan harta benda, negara malah telah kehilangan maruahnya. Kepala manusia jenis apa ini. Hati mereka juga hati batu. Suara mereka suara hantu. Mereka menjerit di PBB sambil suara mereka begitu didengar. Maka kepala-kepala batu itu menggunakan suara-suara hantu mereka untuk memulakan peperangan. Sekarang ini Israel semakin rakus. Memang sejak berzaman pun, Israel mempunyai kepala-kepala batu belaka. Bukan kelapa manusia malah tetap kebal di dunia! Mereka kebal di bumi orang. Kerana itu bertindak balas terhadap Israel bermakna menyerang bumi orang-orang yang tidak bersalah.

            Kasihan. Misalnya, Muhamad Abdul kanak-kanak yang dipaksa mati di sisi ayahnya yang cedera ditembak dengan kejam oleh askar-askar Israel. Seluruh dunia melihat dengan geram. Doa dirafakkan panjang di ruai masjid. Solat hajat berjemaah barusan solat jumaat. Umat Islam seluruh dunia menyatukan perasaan mereka di hadapan kiblat yang sama. Pada saat Islam dinobatkan pengganas selepas peristiwa sebelas sembilan, sambil Isreal dianggap sekadar pelakon-pelakon perang Hollywood yang berang di lokasi penggambaran! Lakonan mereka menjadi box office seluruh pawagam dunia. Memang malang sungguh. Bayangkalah sekali lagi jika ini berlaku di negara yang aman damai. Kehidupan menjadi begitu bermakna. Kebebasan juga bermakna walaupun ada waktunya kebebasan menjadi bahan momokan. Sebagaimana yang pernah dialami suatu ketika yang lain. Orang begitu berani bertanya tentang kebebasan. Kebebasan apa lagi? Dengan nada yang keras, protes yang kurang menjadi tetapi nada itu nada yang keras. Tidak dapat dinafikan. Berlakulah perarakan lorong dan demonstrasi jalan. Namun kehidupan masih seperti sedia kala. Masih bebas membeli belah dengan banyaknya. Dengan wang yang dimiliki, kita bebas memiliki sesuatu yang kita ingin miliki. Apa saja. Rumah yang besar, mewah dan canggih. Kereta yang mewah buatan luar atau dalam negeri. Barangan antik.

Kebebasan tidak ada batasnya. Bersuara juga tidak ada batasnya. Hingga di dewan Parlimen ahli-ahlinya begitu kebal daripada tindakan biasa dan bebas berkata apa sahaja. Oh! Ini suara daripada rakyat, kata mereka yang mewakili rakyat. Suara rakyat mahukan itu dan ini dan harus disampaikan dengan cara begini. Aduhai, jangan ceritakan tentang ini. Yang jelas sekali, kehidupan manusia amat tenteram walaupun kaya dengan dendam dalam diam.

            Senyum dan tangis sama sahaja. Tawa dan duka juga sama sahaja. Orang kerajaan menerima gaji yang tinggi. Saban tahun diberikan insentif kewangan untuk berbelanja. Harga minyak meningkat tinggi. Harga barang keperluan juga melambung. Namun seperti tidak ada bezanya sedikitpun. Bezanya cuma dari segi angka dan tentu nilainya. Nilai ringgit hari ini sudah jauh berbeza. Kuantiti barangan juga tidak sama dengan kuantiti yang diterima dengan nilai ringgit yang sama. Masih tidak dapat membezakan baik dan buruk hidup dalam sebuah negara yang aman damai ini.

Analoginya begini: walaupun dilahirkan di sebuah bandar kecil tapi membesar di kota yang pesat membangun. Setiap hari dihadiahkan dua keping roti yang masih panas serta segelas susu lembu.  Sebenarnya itu saja. Tapi dia inginkan yang lebih daripada dua keping roti yang masih panas dan segelas susu lembu. Dia mahu roti itu dihancurkan dan susu lembu itu diproses menjadi susu yang lebih nikmat rasanya. Kemahuannya itu sebenarnya tercapai. Semua sekali. Malah lebih daripada itu. Lebih daripada dua keping roti yang masih panas dan segelas susu lembu. Semuanya kini sudah diproses menjadi makanan yang lebih lazat. Apakah anda faham mengapa pemuda ini tidak boleh membezakan antara baik dan tidak baik hidup aman damai. Kerana di sini tidak ada peperangan. Percayakah tidak? Ini puncanya. Kerana tidak ada peperangan yang memerlukan seseorang itu menuntut kemerdekaan. Memerangi penjajah untuk mencapai kebebasan.  Hanya orang yang telah melewati zaman perang saja yang memahami perbezaan itu.

            Jika ada pendengar mengetahui cerita ini tentu mereka menanti kedatangan saya. Atau pun tidak, tetapi lantas berdiri di atas sebuah meja yang jarang sekali digunakan lalu berkata penuh tanggungjawab bahawa peperangan tidak pernah berhenti. Kemerdekaan juga tidak pernah ada. Suatu pendapat yang jauh lebih mencabar kepercayaan. Keyakinan selalu dicabar pula oleh suatu pandangan yang sama sekali berbeza tetapi benar tentang kemerdekaan itu.

Apakah anda fikir kita sudah merdeka? Apakah makna merdeka yang kita nikmati sekarang ini merdeka? Saya tidak fikir kita tidak pernah merasa merdeka dengan angka itu selain rasa aman, harmoni, tenang, bahagia dan sebagainya lagi tetapi bukanlah merdeka yang berada di dalam. Maafkan saya. Saya benar-benar terhiris kerana rakyat negara ini belum memerdekakan diri mereka daripada pelbagai pengaruh dan penjajahan pemikiran serta budaya hidup yang hindonis! Yang lebih hanyalah semangat. Semangat yang membara tetapi pernah anda berfikir semangat yang berlebihan tanpa penghayatan tidak mampu melahirkan jati diri yang teguh untuk mencintai sesuatu. Negara kita memang sudah merdeka hampir setengah abad. Saya hanya tersenyum apabila menjelang perayaan kemerdekaan.

Jalur gemilang itu bagaikan harta bangsa yang tidak bernilai langsung! Apakah anda juga gemar meletakkan bendera kecil di atas kereta anda? Sayang sekali kerana kebanyakan orang tidak pernah menghargai bendera itu apabila ia terjatuh. Dan, kita yang mendapati bendera itu terkapar di atas jalan raya tidak pula mengutipnya dan menyimpan selanyaknya sebagai bendera negara yang dihormati. Inilah natijahnya apabila hanya semangat semata-mata tanpa penghayatan mengapa kita digalakkan mengibarkan bendera di mana juga.

Kita juga belum merdeka kerana dalam kehidupan kita seharian asyik didedahkan dengan hiburan yang keterlaluan. Media-media berlumba-lumba menimba keuntungan dan menyumbat di mata bangsanya dengan pelbagai hidangan yang tidak memberikan keuntungan moral, ilmu dan juga maruah. Saudagar teknologi komunikasi pula menjual manusia-manusia dengan kehidupan murahan mereka di hadapan manusia sebangsanya. Malah telah menempatkan maruah bangsa Melayu jatuh dengan pemaparan kehidupan orang Melayu yang kacau bilau, porak poranda, dengki khianat, puji keji perli dan sebagainya lagi. Bangsa kita terlalu mudah melatah. Mereka bercakap tanpa pedoman, arah dan hala tuju. Mereka terlalu gemar berkata, memberikan pandangan yang tidak berguna. Entahlah mengapa ada manusia Melayu merapu di Parlimen. Apakah tidak ada kemerdekaan untuk mereka ini. Ada, iaitu kemerdekaan untuk bercakap, melakukan cara hidup yang berlebih-lebihan, memperaga kekayaan, mempamerkan keegoan... Kemerdekaan ini bukan kemerdekaan yang sebenarnya. Kemerdekaan ini hanya semangat. Semangat yang sarat dengan api amarah, benci, khianat, iri hati, bangga yang keterlaluan dan ego. Kita telah berdosa dengan bangsa kita? Anda percaya?

            Saya sedang mendalami suatu perasaan yang selalu mencabar naluri menyelesaikan sesuatu yang sukar. Maksud saya sebuah sajak tentang judul di atas yang sebentar lagi akan jumud daripada fikiran. Namun saya mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengurus setiap kata menjadi bait-bait atau frasa-frasa yang bersimpul makna.  Jangan risau kerana saya tidak akan menjadikan anda susah, contohnya mencari makna yang berselindung di sebalik kata-kata yang hanya saya fahami. Jika ada persoalan jangan tutup pintu rumah untuk melangkah keluar. Bersuaralah di hadapan jambatan kasih sayang yang terbentang tirus. Kecuali satu yang tidak harus ditanyakan: mengapa saya  pilih tajuk itu. 

 

Hak Cipta Terpelihara

© Hasyuda Abadi, 2002 - 2006


Posted at Thursday, September 21, 2006 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed